
KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menolak tegas pimpinan yang bersikap gila kuasa, berpolitiking, yang membawa agenda perebutan kuasa sehingga menjadi perbalahan politik sehingga telah menggugat kestabilan kerajaan dan keamanan negara.
Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa, memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong agar bertindak melaksanakan perdamaian politik di antara parti politik, dengan
Oleh demikian, beliau memohon agar baginda menganjurkan model baru budaya politik matang dan sejahtera bagi menjaga kepentingan rakyat dan negara.
“Memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi melantik pemimpin, seorang Perdana Menteri dan sebuah kerajaan yang ‘PRIHATIN’ kepada rakyat, menjaga agama, bangsa dan negara.
“Ummah menyokong penuh perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ‘caretaker’ dan berharap agar dapat dikekalkan sehingga program menangani Covid-19 terkawal.
“Dan, menyerahkan semula mandat kepada rakyat dalam pilihanraya ke-15 untuk memilih memimpin negara,” kata beliau menerusi siaran langsung di Facebook UMMAH bertajuk, ‘Himpunan Solidariti UMMAH, Sokongan NGO kepada YDPA’, semalam.
Sehubungan itu, beliau juga berkata bahawa keutamaan dan fokus kerajaan adalah menangani dan menghentikan jangkitan wabak Covid-19 dengan perlaksanaan Pelan Vaksinasi Kebangsaan dan memperkasa Pelan Pemulihan Ekonomi Negara.
Justeru, Ummah berdoa semoga Allah SWT memberi hidayah, rahmat dan petunjuk kepada baginda agar dapat menyelesaikan segera kemelut politik negara yang tidak berkesudahan ini bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.
“Semoga Allah SWT menyelamatkan negara ini dari wabak pandemik Covid-19 dan wabak perpecahan dan perbalahan yang akan merugikan semua pihak,” kata beliau lagi. – HARAKAHDAILY 18/8/2021











