
Oleh RUSMAN KEMIN
LEDANG: Seramai 13 ketua kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir yang mewakili penduduk masing-masing melahirkan rasa syukur dan teruja dengan sumbangan 100 bakul makanan dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM).
Sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan penduduk yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan ada juga sumbangan yang diterima dari pihak-pihak lain sebelum ini.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada YaPIEM dan juga pelbagai pihak lain yang telah menghulurkan sumbangan untuk membantu kami penduduk di sini” ujar Ketua Kampung Parit Jarum Tengah Darat, Rusman Kemin mengulas penyerahan sumbangan itu, hari ini.
Majlis penyerahan yang berlangsung di Balairaya Kampung Parit Jarum Tengah telah turut dihadiri Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPIEM Malaysia, Dato’ Dr Mahfodz Mohamad dan Pengurus YaPIEM Cawangan Negeri Johor, Tajul Arifin. – HARAKAHDAILY 16/8/2021











