
Oleh SRIHAYANIS ABASRI
KUALA LUMPUR: Hasil daripada kesungguhan dan sikap tidak putus asa membolehkan Ustaz Fairuz Hisham Nordin dinobatkan sebagai ejen terbaik eHarakah apabila berjaya membuat 80 jualan dari bulan Jun hingga Julai 2021.
Beliau merupakan ejen eHarakah dari Temerloh, Pahang telah berjaya memenangi insentif sebanyak RM500 daripada pihak Harakah sebagai galakan dan dorongan kepada ejen untuk terus meningkatkan jualan.
Pada bulan tersebut, Fairuz Hisham telah berjaya membuat jualan keseluruhan sebanyak RM2,844.00 dengan 80 jualan.
“Alhamdulillah, ini adalah rezeki dari Allah SWT. Saya tidaklah begitu konsisten dalam penjualan eHarakah kerana mempunyai pelbagai komitmen lain.
“Cuma saya gunakan peluang bercerita mengenai Harakah dan eHarakah apabila berjumpa dengan sahabat saya sendiri. Kadangkala saya membuat panggilan bersama mereka dan melalui WhatsApp sahaja.
“Cabaran yang saya lalui adalah apabila masih ramai yang lebih selesa membaca dengan Harakah Cetak terutama warga veteran.
“Manakala, warga muda pula lebih terdedah dengan informasi media baru dan rasa tiada keperluan untuk melanggan eHarakah,” katanya ketika dihubungi Harakah, pada Khamis.

Justeru, beliau ingin mengajak dan berbangga dengan akhbar digital Harakah (eHarakah) sendiri bagi mengelak kekeliruan dan maklumat yang tidak tepat.
“Dengan melanggan eHarakah, ianya bukan sahaja menaikkan ekonomi parti bahkan, membantu ekonomi aktivis parti,” ujarnya lagi.











