1,068 dos suntikan vaksin di Mukim Mengkebang

- Advertisement -

KUALA KRAI: Program Outreach Suntikan Vaksin bagi kawasan Parlimen Kuala Krai diteruskan di Mukim Mengkebang, hari ini.

Program kali ini yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Mengkebang merupakan kelapan di Kuala Krai.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman dan Adun Mengkebang, Muhammad Mat Sulaiman hadir pada program berkenaan.

Program kali ini telah mencatat jumlah suntikan tertinggi iaitu sebanyak 1,068 dos suntikan yang melibatkan penduduk Kampung Mengkebang dan Kampung Sungai Pas.

Setakat 5 Ogos lalu, Kuala Krai mencatat 42,934 untuk dos pertama manakala 27,052 telah melengkapkan dua dos.

Ustaz Abdul Latiff mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.

“Sesungguhnya usaha yang berterusan ini sangat baik untuk menyahut hasrat kerajaan dan mencapai imuniti berkelompok dalam masa yang terdekat, insya-Allah,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/8/2021

- Advertisement -