Program imunisasi di Sarawak, Labuan amat positif

- Advertisement -

KOTA BHARU: Ketika ada pihak mendakwa Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) gagal, sebaliknya data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan keadaan sebaliknya.

Di Sarawak dan Labuan menunjukkan kesan program PICK amat positif.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, seperti jawapan kerajaan di Parlimen beberapa hari lepas, PICK merupakan kunci utama kejayaan melawan penularan Covid-19 di negara ini.

- Advertisement -

Katanya, tiada negara di dunia yang berjaya atau sedang menunjukkan kejayaan kecuali kerana kejayaan mereka mempercepatkan program vaksinasi masing-masing.

“Setakat ini, angka dan fakta menunjukkan kejayaan melawan Covid-19 melalui ‘program tukarisasi kerajaan’ adalah sifar.

“Jika ada, ia mungkin kejayaan melahirkan budak-budak baju hitam yang berarak memb***kan kerajaan semalam,” katanya pada lontaran di media sosialnya.

Oleh itu beliau mengajak orang ramai berdoa dan berjuang melawan Covid-19 dengan cara yang lebih mudah, pasti dan diterima semua.

Malah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini memberitahu tanda-tanda awal keberkesanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa 2 ke atas golongan warga emas dan rentan mula memperlihatkan perkembangan positif.

Menurutnya keberkesanan itu termasuk pengurangan jangkitan serius bagi kategori 4 dan 5 dalam kalangan pesakit warga emas.

Begitu juga terdapat penurunan dari segi angka kemasukan ke hospital melibatkan golongan itu. – HARAKAHDAILY 2/8/2021

- Advertisement -