Penduduk bersyukur terima sumbangan PAS Kudat

- Advertisement -

Oleh SUZIANA GHANI

KUDAT:
PAS Kudat meneruskan misi kebajikan mengagihkan sumbangan kepada masyarakat yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19, semalam.

Sebanyak 30 keluarga sekitar Tanjung Kapor menerima barangan dapur seperti beras, tepung, bihun, minyak, telur dan gula menjadikan jumlah penerima sumbangan daripada Tabung Bencana Covid kawasan seramai 257 keluarga.

- Advertisement -

Salah seorang penerima, Alexander Haji Wahid mengucapkan terima kasih atas keprihatinan PAS Kudat menyampaikan sumbangan kepada keluarganya.

“Saya amat terharu dan bersyukur kepada PAS yang telah mengagihkan bakul makanan kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada keluarga saya sendiri,” ujarnya lagi.

Menurut Ketua Lajnah Perhubungan NGO PAS kawasan, Ahmad Kapok, pengagihan dilakukan kepada keluarga yang betul-betul terjejas serta hilang sumber pendapatan keluarga terutama golongan asnaf.

Katanya lagi, PAS Kudat mengutamakan keluarga yang tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.

“Dana daripada Tabung Bencana Covid-19 merupakan sumbangan orang ramai, jadi pengagihan dilakukan secara berperingkat bergantung kepada dana yang kami perolehi,” ujar Ahmad.

Tambahnya, bagi mereka yang mahu menyumbang boleh menghubungi Masdin Bagoyah di talian 019-8415 002 atau terus disalurkan ke akaun Maybank, PASTI Al-Furqon 5600 6305 6547. – HARAKAHDAILY 14/7/2021

- Advertisement -