Situasi di CAC Shah Alam terkawal setakat ini

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Situasi di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor setakat jam 1 tengah hari tadi, terkawal.

Khemah-khemah yang disediakan pengurusan CAC juga tidak dibanjiri pesakit Covid-19 seperti yang berlaku semalam sehingga tidak menampung keseluruhan pesakit yang datang ke pusat penilaian itu.

Malah, kerusi-kerusi di bawah khemah juga kebanyakkannya kosong, tidak dipenuhi oleh pesakit positif Covid-19 dan situasi di perkarangan Stadium Malawati lebih terkawal.

Bagaimanapun, kelihatan masih ada pesakit yang datang mendaftar diri ke CAC bersama keluarga, anak kecil dan sebagainya. Mereka juga dipantau oleh petugas-petugas di CAC.

Semalam, situasi di CAC itu berbeza dengan lebih 4,000 pesakit dilaporkan mendaftar diri ke CAC itu sehingga ada yang terpaksa beratur selama 5 jam untuk menunggu giliran pendaftaran.

Malah, ada yang menggambarkan situasi di perkarangan Stadium Malawati itu umpama medan perang apabila mereka terpaksa menyaksikan kejadian petugas kesihatan berkejaran menyelamatkan pesakit Covid-19 yang tumbang sepanjang menunggu giliran.

Menurut Pengurus Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd yang juga koordinator bagi kemudahan fasiliti diperlukan CAC, Ahmad Sayuti Basiron, kehadiran pesakit Covid-19 semalam, pada 12 Julai adalah rekod tertinggi CAC itu menerima kehadiran pesakit Covid-19 yang ramai.

Katanya, pertama kali dalam sejarah sejak Covid-19 melanda, kehadiran seperti ombak yg berbuih dan bertali arus jauh sampai petang.

“Kemampuan CAC Malawati melakukan penilaian sekitar 1,200 hingga 1,500 pesakit sehari sejak enam bulan operasi.

“Namun sejak Jun dan minggu lepas, kehadiran melonjak pada angka lebih 2,000 pesakit, yang 100 peratus positif setiap hari.

“Hinggalah tertinggi kelmarin, Sabtu 10 Julai 2021, kehadiran 2,688 pesakit, mengakibatkan operasi berakhir lewat malam.

“Namun ujian sebenar adalah hari ini, Isnin 12 Julai 2021, jangkaan asal kehadiran 3,616, tapi telah berlaku ‘spike’ atau lonjakan teramat tinggi sehingga melangkaui angka 4,000 pesakit, hingga jam ini (6.30 petang),” ujarnya dalam safu hantaran Facebook, semalam. – HARAKAHDAILY 13/7/2021

- Advertisement -