Kerajaan PN prihatin nasib komuniti OKU

Mohammad Faizal Che Yusof
- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dianggap sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap komuniti orang kelainan upaya (OKU) walaupun dalam suasana seluruh rakyat Malaysia memerlukan perhatian ketika ini.

Menurut Presiden Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Mohammad Faizal Che Yusof, perkara itu dibuktikan melalui Belanjawan Negara 2021 apabila kerajaan mengumumkan kenaikan bantuan bulanan untuk 190,000 penerima OKU dan keluarga.

Jelasnya, ia bukanlah suatu yang mudah apatahlagi pihaknya sudah sekian lama menuntut kenaikan bantuan bulanan buat komuniti itu.

“Sekian lama komuniti OKU menuntut kenaikan bantuan bulanan disebabkan keperluan semasa yang kian meningkat, kerajaan PN inilah melaksanakan hasrat komuniti OKU tersebut.

“Penerima 190,000 ini bukanlah terhenti di situ sahaja. Bilangan penerima ini terus berubah dari semasa ke semasa.

“Lebih giat pengesanan kumpulan sasar dilaksanakan, maka lebih ramailah penerima yang akan mendapat manfaat.

“Dengan kenaikan antara RM50 hingga RM150 secara bulanan kepada 190,000 penerima, ia amat memerlukan kecaknaan tinggi pemerintah. Nah, itulah yang dilaksanakan kerajaan PN.

“Kecaknaan kerajaan PN buat komuniti OKU yang diunjurkan 15 peratus dari populasi rakyat tidak terhenti di situ. Bahkan ada beberapa inisiatif lain yang terus diperkukuh,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru itu kesimpulannya, beliau berpendapat bahawa rakyat Malaysia tidak mempunyai pilihan lain selain mengekalkan jajaran PN sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau turut menasihati rakyat Malaysia supaya kurangkan bermain politik hingga mengganggu kelestarian jentera kerajaan bagi memastikan kebajikan rakyat termasuk dari kalangan OKU terus diperhatikan. – HARAKAHDAILY 12/7/2021

- Advertisement -