Kompaun paling banyak cuba rentas daerah

- Advertisement -

Oleh ZULKEFLI HUSSIN

PASIR PUTEH:
Polis Daerah Pasir Puteh mengeluarkan kompaun terhadap 220 individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Jumlah saman itu membabitkan penduduk tempatan bagi tempoh tiga bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Azmir Damiri berkata, kesalahan paling banyak melanggar sempadan daerah iaitu sebanyak 169 kesalahan yang membabitkan rentas daerah Jerteh, Machang, Bachok dan Kota Bharu tanpa mendapat kebenaran polis.

- Advertisement -

“Bagi kesalahan kedua terbesar tidak memakai pelitup muka terutama ketika berada di tempat awam,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan kepada 10 asnaf di Kampung Gong Kulim dan Permatang Sungkai di sini, hari ini.

Beliau juga berkata, polis terpaksa mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada setiap kesalahan terbabit, di mana keseluruhannya berjumlah RM37,180.

Mohd Azmir berkata, walaupun hampir dua tahun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, namun masih ada individu yang tidak mematuhi SOP dengan pelbagai alasan.

“Manakala penduduk kampung yang tinggal agak terpencil masih ada yang tidak tahu dan memahami SOP dilaksanakan kerajaaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/7/2021

- Advertisement -