
KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang memuatnaik tulisan yang berbaur kontroversi ‘Kerajaan Allah’ digesa membuat permohonan maaf secara terbuka.
Setiausaha Politik Presiden PAS, Mohd Syahir Sulaiman menasihatkan agar Kit Siang belajar lebih lagi Bahasa Melayu, menghormati kesucian Islam dan memelihara perpaduan kaum.
Beliau mengemukakan perbandingan tulisan Kit Siang yang memetik tazkirah secara maya Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, menerusi ucapan Tuan Guru Abdul Had, “hanya kerajaan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Sempurna boleh menghapuskan wabak ini pada bila-bila masa.
“Adapun kerajaan manusia tetap menghadapi kekurangan dan kelemahan, serta wajib melakukan muhasabah bagi menampung kekurangan tersebut”.
Manakala bapa kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu menulis: If “Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be “Allah’s government”.
Syahir berkata, tulisan yang disiarkan itu boleh dijadikan pengajaran untuk rakyat sedar dan mengenali wajah sebenar DAP, Pakatan Harapan (PH) dan PAN.
Selepas menerima kecaman, difahamkan Kit Siang telah memadam posting berkenaan kira-kira 10 minit kemudian. – HARAKAHDAILY 6/7/2021











