PEMULIH: Miskin tegar terima RM500 pada Ogos, November

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Isi rumah miskin tegar akan menerima bantuan tunai sebanyak RM500 pada Ogos dan November ini, dalam pemberian khas Bantuan Khas Covid-19.

- Advertisement -

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata mereka juga akan menerima RM300 pada bulan Disember.

“Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos dan RM300 pada November.

“Isi rumah kategori B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) pula akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember, manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos.

“Isi rumah kategori M40 (kumpulan berpendapatan 40 peratus pertengahan) turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.

Tambahnya, bantuan itu dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion. – HARAKAHDAILY 28/6/2021

- Advertisement -