PAS Libaran komited laksana agenda kebajikan

- Advertisement -

Oleh SUSILAH CHARLES

SANDAKAN:
PAS Libaran dengan kerjasama Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) turun ke lapangan untuk menyerahkan bantuan makanan ke beberapa kawasan sekitar Batu 9 sehingga Batu 12, di sini, semalam.

Timbalan Yang Dipertua PAS Libaran, Zulkifli Mohamad memberitahu 50 pek bekalan diserahkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan di sekitar kawasan Parlimen Libaran.

- Advertisement -

“Agihan sumbangan ini adalah program mingguan ataupun bulanan kita bersama masyarakat. Kita akan serahkan bantuan ini secara berfasa kepada mereka yang betul-betul layak,” ujarnya.

Tambahnya lagi, PAS Libaran sentiasa komited dalam membantu anggota masyarakat terutamanya dalam agenda kebajikan kerana ia adalah tuntutan dalam Islam untuk saling membantu sesama manusia.

Pengerusi JKDB Batu 9-12, Nasruddin Lahapin juga mengucapkan jutaan terima kasih atas bantuan daripada kerajaan negeri dan PAS Libaran untuk diserahkan di kawasan jagaan mereka.

“Kita berharap bantuan daripada kerajaan negeri ini sentiasa ada dan mencukupi untuk diserahkan kepada anggota masyarakat terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/6/2021

- Advertisement -