Guru PASTI, SRITI Kunak terima suntikan vaksin

- Advertisement -

KUNAK: Seramai sembilan guru Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan 13 orang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kunak telah menerima suntikan vaksin dos kedua yang diadakan di Dewan Masyarakat Kunak.

Pengarah Jabatan SRITI Negeri Sabah, Kasman Karate berkata setiap amilin yang bertugas di bawah sektor pendidikan Dewan Pemuda PAS negeri diwajibkan untuk mengambil dan melengkapkan dos vaksin yang telah ditetapkan.

- Advertisement -

“Semua guru-guru kita (PASTI dan SRITI) perlu melengkapkan dos vaksin dengan segera kerana tugas mereka ini banyak di lapangan yang bertemu dengan anggota masyarakat,” jelasnya Kasman.

Beliau yang juga Mudir SRITI Al Falah Kunak telah mengarahkan tujuh buah lagi SRITI di negeri ini membuat janji temu segera untuk 50 orang guru.

Guru PASTI Kunak, Sitti Sopiah Abdillah berkata semua pendidik PASTI Kunak menyambut baik arahan berkaitan pengambilan vaksin agar penularan wabak Covid-19 dapat diatasi.

“Terima kasih kepada semua kakitangan kesihatan yang telah bertungkus lumus dalam membantu pemberian vaksin kepada kami guru-guru PASTI dan SRITI Kunak,” ujar Sitti.

Selain warga pendidik PASTI dan SRITI, sebahagian pendukung PAS di Kunak juga telah lengkap menerima dos kedua suntikan vaksin. – HARAKAHDAILY 27/6/2021

- Advertisement -