Setahun Kedah di bawah PN catat banyak kejayaan

- Advertisement -

MEMANG tidak disangkal, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah berjaya merangkul kejayaan demi kejayaan walaupun usia pentadbirannya baharu menjangkau setahun.

Di bawah pentadbiran yang diketuai Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar, Kedah berjaya melonjak prestasi kecemerlangannya sepertimana negeri-negeri yang diterajui PAS, Kelantan dan Terengganu.

Walaupun Kedah ibarat adik berbanding dua negeri berkenaan namun pencapaian yang digapai berupaya meletakkannya negeri itu sebaris dengan kedua-dua abangnya itu.

- Advertisement -

Pencapaian Pelaburan

Seperti mana yang dibentangkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Afnan Hamimi Taib Azamudden, sempena Konvensyen Penerangan dan Media Baharu 18 Jun lalu, negeri Jelapang Padi itu berjaya memperolehi pelaburan tertinggi bernilai RM42.4 bilion pada suku tahun pertama (Januari hingga Mac 2021).

Pencapaian itu sekaligus meninggalkan empat negeri lain iaitu Selangor (RM8.6 bilion), Sarawak (RM6.9 bilion), Sabah (RM5.0 bilion) dan Wilayah (RM4.9 bilion).

Sungguhpun usianya masih setahun jagung namun di atas prestasi cemerlang yang ditunjukkan Menteri Besar bersama, anggota Exco, pegawai-pegawai kerajaan dan semua pihak maka negeri itu berjaya menempatkan dirinya sebagai Top Five States – with highest approved investment in all economic sectors.

Projek berimpak tinggi

Dalam perbentangan itu, Afnan juga mengulas berkenaan projek berimpak tinggi yang kini bergerak aktif di Kedah, di mana sebahagiannya projek baharu dan ada di antaranya merealisasikan yang terbengkalai sewaktu pemerintahan kerajaan sebelum ini.

Lapangan Terbang Antarabangsa KXP merupakan projek siulan kerajaan sebelumnya yang tidak dibawa cadangannya ke peringkat kabinet.

Namun atas usaha gigih Sanusi bersama teamnya, projek berskala besar itu kini menjadi kenyataan.

Projek bernilai RM18 bilion itu berjajaran dibangunkan Sidam Logistic, Aerospace and Manufacturing SLAM, Lebuhraya Koridor Utara (Bandar Baharu – Sungai Petani) akan merancakkan lagi kemajuan pembangunan Kedah tercinta ini.

Sementara itu Kedah Rubber City (KRC) yang terbengkai sejak sekian lama akan dibangunkan di era PN dengan jumlah RM2.2 bilion. Projek itu selain dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, ia secara tidak langsung membawa kemajuan kepada daerah Padang Terap.

Afnan juga menyebut tiga lagi projek berimpak tinggi yang berjaya diterajui iaitu Special Border Economik Zone (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam bernilai RM7 bilion.

Antara fasalitis yang terlibat antaranya, sektor perkhidmatan dan logistik, sektor pembuatan, sektor komersial selain dua kompenan utama iaitu Kedah Science and Technology Park, Kota Perdana.

Malah bukan itu sahaja, pelaburan bernilai RM8.5 bilion oleh AT&S (Austria Technology & Akteingessellschaft) bakal dibangunkan di Kulim Hi-Tech Park fasa 5.

Pencapaian itu bukan hanya hanya tertumpu di kawasan perindustrian tetapi juga dilebarkan ke kawasan lain.

Daerah Yan bakal menempa kemajuan pesat apabila diisytiharkan sebagai Pelabuhan Persekutuan oleh Menteri Pengangkutan pada 10 Mei 2021 lalu.

Pelabuhan Yan itu akan melibatkan keluasan perairan 600 kilometer persegi dan jaraknya sejauh 20 batu nautika dari pantai.

Oleh itu apakah lagi perlu didustakan sekiranya kejayaan terbukti di hadapan mata memperlihatkan kemampuan PN Kedah yang diejek pembangkang sebagai kerajaan tiada bermanifesto.

Pembangunan Pendidikan

Seperti mana diulas oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah itu, selaras Cordoba Of Kedah, rantaian institusi pendidikan di negeri itu diberi perhatian dan diperkaya sebaiknya.

Melalui peruntukan kewangan, pentadbiran institusi pendidikan itu akan bergerak lebih lancar selain bantuan biasiswa atau pinjaman kepada para pelajar.

Antaranya UniShams (RM9.5 juta), Lembaga Maktab Mahmud (RM29 juta), Mahaad Tahfiz Sains Darul Aman (RM40 juta), Iqdar (RM3.2 juta) bantuan biasiswa (RM600 ke RM715) dan pinjaman IPT (RM500,000).

Ia juga termasuk bantuan kemasukan IPT (RM1 juta), sekolah persendirian China (RM300,000), selain membangunkan Mahaad Tahfiz Vakasional di Sik dan Kolej Tingkatan enam (STAM) di Baling.

Pelan Pembangunan Kedah 2035

Melalui visi Kedah 2035, ‘Kedah Sejahtera dan Berdaya Huni’ beberapa pelan pembangunan negeri itu dirangka mengikut tempoh-tempoh pelaksanaannya.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu mengetengahkan beberapa perkara termasuk perancangan jitu menyasarkan identiti setiap daerah di Kedah.

Sebanyak 12 daerah di negeri itu difokuskan pembangunan yang bersesuaian untuk melengkapkan Kedah dengan pelbagai indentii menarik.

Daerah Kubang Pasu (ilmu dan logistik)
Daerah Langkawi (pelancongan pulau)
Daerah Pokok Sena (SME)
Daerah Padang Terap (getah)
Daerah Sik (pendidikan agama)
Daerah Pendang (usahawan)
Daerah Baling (pelancongan eko)
Daerah Kulim (teknologi tinggi)
Daerah Bandar Baru (durian)
Daerah Kuala Muda (industri dan komersial)
Daerah Yan (pelancongan desa) dan
Daerah Kota Setar (warisan)

Sementara pelan pembangunan itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa bermula 2021 hingga 2035 selama 15 tahun melalui Rancangan Malaysia ke-12, ke-13 dan 14.

Rangka pembangunannya mentransformasikan ekonomi negeri, rakyat, alam sekitar dan lain-lain.

Enam tema teras iaitu tiga bertema rakyat, dua lagi ekonomi dan alam. Antaranya teras satu (kemakmuran ekonomi), teras dua (kecemerlangan Insfra dan Utiliti), teras tiga (keterangkuman sosial dan budaya) dan teras empat (keseimbangan modal insan dan bakat).

Manakala teras lima (kompetensi tadbir urus) dan teras enam (kemampanan Alam Sekitar).

Kebajikan Rakyat

Sejak Kedah diterajui PN, pelbagai tawaran kebajikan dilaksanakan kepada rakyat Kedah, lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik Covid-19.

Sama ada meneruskan program yang telah dilaksanakan sebelumnya, PN Kedah tidak lokek memperkenal serta memperluaskan kebajikan terutama kelangsungan hidup golongan kurang berkemampuan.

Dalam pembentangan, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang itu menggariskan beberapa produk Kedah Sejahtera yang dilaksanakan dengan jayanya di negeri itu melalui peruntukan kewangan yang disediakan.

Ia termasuk Tabung Wanita Sejahtera (RM500,000 setahun), Barangan Perubatan B40 (RM500,000 setahun) Anakku Sejahtera (RM1 juta setahun), Beras Sejahtera (RM2.16 juta setahun), Bantuan Pesakit Terlantar (sehingga RM300 sebulan) dan perutukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM24.82 juta.

Peruntukan berkenaan tidak termasuk untuk Exco (RM1 juta setahun), Adun kerajaan (RM150,000 setahun), Penyelaras Dun (RM100,000 setahun) dan bantuan mengurus Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun diwakili kerajaan sebanyak RM8,000 sebulan.

PN Kedah tidak lupa melapangkan perbelanjaannya untuk kebajikan Dun yang diwakili pembangkang (PH).

Sebanyak RM50,000 setahun selain RM2,000sebulan untuk pengurusan PKWR diperuntukkan kepada Adun-Adun pembangkang sebagai bukti keprihatinan kerajaan kepada rakyat tanpa memilih fahaman politik.

Sehingga ini juga, PN Kedah telah membelanjakan kira-kira RM7.4 juta untuk bantuan Covid melibatkan pinjaman mikro kredit, ruang niaga baharu, sumbangan bakul makanan, bantuan peralatan niaga, bantuan tablet kepada pelajar di setiap Dun dan bantuan PdPR untuk sekolah agama, mahaad tahfiz dan institusi pondok. – HARAKAHDAILY 25/6/2021

- Advertisement -