
Oleh AIN MANAF
JELI: Menggunakan taktik penyeludupan baharu membawa masuk daun ketum menggunakan lori makanan dan lori ais batu berjaya ditumpaskan dalam satu Sekatan Jalan Raya (SJR) Batu Melintang, Jeli.
Ketua Polis Daerah Jeli, DSP Ahmad Arifin berkata, dalam sekatan berkenaan telah berjaya menumpaskan dua kegiatan penyeludupan haram yang membabitkan tiga lelaki Melayu secara berasingan.
Manakala, dalam satu tahanan berasingan itu didapati seorang lelaki Melayu berkenaan gagal menunjukkan surat kebenaran rentas negeri dan surat kebenaran bekerja MITI selain kesalahan membawa daun ketum.
“Pada 14 Jun kira-kira jam 1 petang pihak polis serta anggota sekatan jalan raya telah menahan motolori berwarna putih di sekatan Batu Enam di sini yang dinaiki dua lelaki Melayu.
“Pemeriksaan keatas kedua penama berkenaan didapati tiada kesalahan dan pemerikaaan diteruskan ke belakang lori serta telah menjumpai sebanyak 41 bungkusan plastik hitam yang mengandungi daun ketum.
“Anggaran berat adalah sebanyak 410 kilogram dengan nilai rampasan sebanyak RM4100,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Daerah Jeli, di sini hari ini.
Bagaimanapun, kedua-dua penama berkenaan mempunyai rekod lapau dadah.
Manakala dalam sekatan berasingan pihaknya juga berjaya menahan seorang lelaki Melayu nanakala pemeriksaan dilakukan didapati ada bungkusan berisi daun ketum seberat sebanyak 2,720 kilogram dengan nilai rampasan RM27,200.
Bagaimanapun, penama berkenaan telah dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 kepada penama berkenaan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB 2020) Akta 342.
“Pun begitu penama terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan direman selama empat hari bermula Selasa,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/6/2021











