MRC sumbang peralatan perubatan KKM, PPUM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysian Rubber Council (MRC) menyumbang 10 unit mesin pengudaraan (ventilator machine) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

- Advertisement -

Selain itu, sumbangan sebanyak RM3.62 juta kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

MRC dalam kenyataan memberitahu sumbangan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia berjumlah RM580,000 untuk 10 unit mesin pengudaraan yang baharu bernilai RM58,000 setiap unit.

Katanya, sumbangan itu untuk membantu mangsa-mangsa kritikal sepanjang penularan pandemik Covid-19 sekarang.

“Manakala untuk Pusat Perubatan Universiti Malaya sumbangan berjumlah RM3.62 juta disalurkan peralatan kepada Pusat Perubatan itu bagi perawatan kes Covid-19,” katanya, di sini.

Jumlah tersebut merangkumi perbelanjaan peralatan perubatan bernilai RM1.288 juta termasuk Bronchoscopy System, Defibrillator (Adult), Syringe Pump dan lain-lain.

Turut disumbang sarung tangan getah yang bernilai RM544,232 dan ubat-ubatan berjumlah RM1.79 juta seperti Favipavir dan Tocilizumab.

MRC merupakan agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK). – HARAKAHDAILY 4/6/2021

- Advertisement -