15,000 bakul makanan diagih keluarga terkesan PKP 3.0

- Advertisement -

ALOR SETAR: Sebanyak 12 Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dijadikan sebagai pusat agihan sumbangan serta bantuan kepada penduduk yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

PKOB berkenaan melibatkan daerah Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Pendang, Baling. Bandar Baru, Kulim, Kuala Muda, Yan, Kota Setar dan Langkawi.

- Advertisement -

Talian hotline PKOB daerah iaitu Pokok Sena (04-7028184), Kubang Pasu (04-7028252), Padang Terap (04-7028691), Sik (04-7028883), Pendang (04-7028416), Baling (04-4701949), Bandar Baru (04-7029177), Kulim (04-7029059), Kuala Muda (04-7028550), Yan (04-7028799), Kota Setar (04-7028070) dan Langkawi (04-9616000).

Kerajaan negeri menyediakan 15,000 bakul makanan yang akan diedar kepada keluarga yang benar-benar terkesan dengan perlaksanaan PKP 3.0.

Sebanyak 6,000 daripada jumlah itu disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan manakala selebihnya disediakan kerajaan negeri.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini memberitahu kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM2.89 juta bagi menyediakan bakul-bakul makanan untuk diedarkan melalui PKOB.

Kata beliau urusan itu diselaraskan bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun dan Parlimen di mana segala bentuk sumbangan hanya diedar melalui PKOB.

“Semua pergerakan untuk agihan sumbangan hanya beroperasi di PKOB dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” kata beliau.

Sementara itu talian hotline PKOB Kedah iaitu 04-7029394 atau 04-7029393 dibuka jam 8 pagi hingga 5 petang bagi sebarang aduan berkenaan pengagihan sumbangan tersebut. – HARAKAHDAILY 3/6/2021

- Advertisement -