LGMPC teruskan tindakan saman ke atas Sedar Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: LGM Properties Corporation (LGMPC) telah mengesahkan pihaknya akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sedar Malaysia.

- Advertisement -

Tindakan itu diambil setelah NGO tersebut gagal mengemukakan permohonan maaf secara terbuka selepas mengeluarkan kenyataan dan tuduhan berbaur fitnah berkenaan LGMPC.

“Sehubungan dengan itu, LGMPC telah mengarahkan Tetuan Srihana Mohamad and Partners untuk meneruskan tindakan undang-undang secara terancang terhadap Sedar Malaysia bagi menjaga reputasi dan melindungi kepentingan LGMPC,” kata kenyataan yang dikeluarkan LGMPC, hari ini.

Sebelum ini, Sedar Malaysia melalui halaman Facebook rasmi mereka didakwa mengeluarkan kenyataan dan tuduhan berbaur fitnah berkenaan salah urus tadbir, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa dan perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi LGMPC

Berikutan daripada itu, LGMPC telah memberikan tempoh 48 jam kepada Sedar Malaysia untuk menurunkan artikel berkaitan LGMPC dan memberi kenyataan permohonan maaf secara terbuka.

LGMPC juga menuntut Sedar Malaysia membuat siaran permohonan maaf tersebut di saluran media aliran perdana, media-media sosial dan laman sesawang terlibat melalui kenyataan media pada 31 May 2021 itu.

Bagaimanapun, LGMPC mendapati Sedar Malaysia telah gagal memenuhi tuntutan tersebut. – HARAKAHDAILY 2/6/2021

- Advertisement -