
KUALA LUMPUR: Pemergian bekas Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria merupakan satu kehilangan besar buat seluruh umat Islam di Malaysia, khususnya rakyat Perak.
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergiannya petang tadi.
- Advertisement -
Dimaklumkan, Allahyarham meninggal dunia pada usia 82 tahun di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas disahkan positif Covid-19 pada 11 Mei lalu.
“Didoakan semoga Almarhum diberi keampunan dan rahmat serta ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh,” doa Kamaruzaman dalam satu kenyataan, hari ini. – HARAKAHDAILY 30/5/2021











