Covid-19: Hospital Selayang pula simpan mayat dalam kontena

Foto daripada Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas Hospital Sungai Buloh, tiba giliran Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan mayat Covid-19.

- Advertisement -

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang itu boleh menempatkan 20 mayat tambahan memandangkan peti mayat di hospital itu sentiasa penuh.

“Kematian akibat Covid-19 di negara kita semakin hari semakin bertambah terutama di Lembah Klang,” ujar KKM menerusi hantaran di laman Facebooknya, malam tadi.

Setakat semalam, 2,491 orang telah menjadi mangsa virus ini termasuk 59 kematian baharu. – HARAKAHDAILY 28/5/2021

- Advertisement -