Status terkini insiden kemalangan tren LRT

- Advertisement -

MAKLUMAT terkini

Bagi memastikan orang ramai sentiasa memperoleh maklumat tepat berkaitan siasatan yang dijalankan terhadap kes kemalangan membabitkan tren LRT Kelana Jaya yang menyebabkan kecederaan penumpang, maka Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ingin menyatakan beberapa perkara seperti berikut:

- Advertisement -

1. Mesyuarat diadakan seawal jam 8:30 pagi hari ini untuk mengenal pasti keanggotaan dan bidang tugas dalam Jawatankuasa Siasatan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, Datuk Isham Ishak. Senarai Ahli Jawatankuasa Siasatan adalah seperti yang dilampirkan.

2. Jawatankuasa Siasatan yang terdiri daripada kakitangan pelbagai agensi ditugaskan segera untuk mengumpul semua laporan siasatan sebelum dibentangkan sebagai laporan akhir.

3. Nota Kabinet akan disediakan merangkumi laporan awal mengenai kronologi kejadian, jumlah mangsa yang terlibat, penubuhan petugas dan Jawatankuasa Siasatan serta tindakan susulan termasuk pelan penambahbaikan jangka panjang. 

4. Segala perihal berkaitan komunikasi awam mengenai penyiasatan akan dikeluarkan sepenuhnya secara rasmi oleh Pejabat Menteri.

5. Arahan rasmi untuk melakukan penyiasatan akan disediakan dan ditandatangani oleh Menteri Pengangkutan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 715 (Akta Pengangkutan Awam Darat 2010)

Status mangsa dan pampasan

Kami ingin menyampaikan rasa simpati kepada para penumpang yang mengalami kecederaan semasa kejadian malam tadi. Kerajaan memandang serius dan berusaha memperbaiki sistem untuk mengelakkan kejadian serupa berulang di masa hadapan.

1. Setakat jam 7:55 pagi, 25 Mei 2021, seramai 21 mangsa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Enam (6) orang berada dalam keadaan kritikal manakala 15 lagi berada dalam keadaan separa kritikal.

2. Daripada 64 orang yang dikejarkan ke HKL, seramai 43 orang mangsa telah diberi rawatan pesakit luar.

3. Sepertimana yang diumumkan oleh Pengerusi Prasarana, sebanyak RM1,000 bantuan kewangan khas akan diberikan kepada semua 213 penumpang yang terlibat.

4. Prasarana juga akan menampung segala kos perubatan, rawatan susulan dan sebagainya bersesuaian dengan kecederaan yang ditanggung oleh para penumpang termasuk bantuan sara hidup bagi mereka yang kehilangan pendapatan akibat insiden ini.

Latar belakang insiden

1. Pada jam 8:33 malam pada hari Isnin, 24 Mei 2021, sebuah tren (TR40) yang tidak membawa penumpang telah bertembung dengan tren lain (TR81) yang membawa seramai 213 penumpang sehingga mengakibatkan kecederaan.

2. Pasukan penyelamat yang terbabit dalam operasi itu antara lain adalah pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), pegawai perubatan dari HKL dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang tiba di lokasi kejadian pada jam 8:50 malam.

3. Kesemua penumpang berjaya dikeluarkan dari tren yang terhenti di antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru pada lebih kurang jam 9:28 malam.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia
25 Mei 2021

Update to Kelana Jaya LRT crash incident 12pm, 25 May 2021

Latest information

To keep the public informed about the investigation into the incident on the LRT Kelana Jaya that had caused injuries and anxiety for many, the Ministry informs on the following:

1. The initial meeting to identify the task force members and its terms of reference was headed by the MOT Secretary General Datuk Isham Ishak this morning at 8:30am, 25 May 2021.

2. Investigating teams comprising personnel from various agencies have been rapidly assigned to collate all investigation reports to be prepared into a final report. 

3. This report will form the basis of a Cabinet Paper, which covers the preliminary report on the chronology of the incident, casualties, formation of a task force and investigation committee, and a plan of action including proposals for long-term improvements. 

4. Any public communications regarding the investigation will be solely issued by the Minister’s office. 

5. An official instruction to conduct an investigation will be prepared and signed by the Minister of Transport as provided for under Act 715 (Land Public Transport Act 2010)

Victims’ conditions and compensation

We wish to convey our deepest sympathies again to our passengers who had sustained injuries during the incident last night. It is the Government’s intention now to improve the system in order to prevent any future similar incidents from happening. 

1. As of 7:55am on 25 May 2021, a total of 21 victims are receiving treatment in Kuala Lumpur Hospital (HKL). Six (6) persons are in critical condition while 15 are in semi-critical condition. 

2. 43 victims had been given outpatient treatment from an initial total of 64 persons who were brought to HKL. 

3. As announced by the Chairman of Prasarana, RM1,000 each will be given to the 213 affected passengers. 

4. Prasarana will also bear all medical treatment costs for the victims, including follow-up treatment and recompense loss of income. 

Background of incident

1. At 8:33pm on Monday, 24 May 2021, a train (TR40) not in service and carrying no passengers collided with another train (TR81) with 213 passengers, resulting in injuries. 

2. Rescue teams comprised personnel from the Royal Malaysia Police (PDRM), Malaysia Fire and Rescue Department (JBPM), Malaysia Civil Defence Force (APM), and medical officers from Kuala Lumpur Hospital. They arrived on the scene at 8:50pm. 

3. TR81 was moved to a point between LRT KLCC and LRT Kampung Baru stations from which all passengers were evacuated by 9:28pm.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Minister Of Transport Malaysia
25 May 2021 – HARAKAHDAILY 25/5/2021

- Advertisement -