Kedai musnah dibedil zionis, Hashem tetap menggunting rambut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hashem Al Jarousheh, seorang warga Gaza hilang kedai gunting rambut miliknya akibat bedilan roket rejim zionis Israel.

Menurut Pengerusi Sekretariat Aid4Palestine, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, oleh kerana menggunting rambut adalah satu-satunya punca pendapatan keluarga, ia tidak mematahkan semangat Hashem untuk terus menyara keluarganya walau kedai gunting rambut miliknya hancur.

- Advertisement -

Beliau berkongsi kisah tersebut menerusi hantaran di laman Facebooknya, petang semalam.

Tambahnya, kini demi mencari sesuap makanan dan menyara keluarganya, warga Gaza itu mengambil keputusan untuk meneruskan pekerjaannya di sebalik runtuhan kedai gunting rambut miliknya.

Dalam satu hantaran yang lain pula, beliau menyatakan sekali lagi pendatang haram Yahudi menceroboh masuk ke pekarangan Masjidil Aqsa dengan dikawal ketat oleh polis rejim zionis Israel.

“Ia seumpama satu provokasi yang tentunya akan membangkitkan kemarahan umat Islam di dunia terutamanya di Palestin,” ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 25/5/2021

- Advertisement -