PKPD: Wakil rakyat prihatin beban penduduk

- Advertisement -

PASIR MAS: Selain barangan keperluan harian wakil rakyat turut mengagihkan lampin pakai buang (bayi dan dewasa), susu dan sabun kepada penduduk yang terbabit Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Dun Tendong.

Ahli Parlimen Pasir Mas Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau bersama Adun Tendong, Rozi Muhamad mengagihkan keperluan tersebut kepada penduduk di Kampung Bechah Palas.

“Baru-baru ini saya bersama Adun Tendong ke kawasan PPKD di Kampung Bechah Palas hilir, Paya Ular dan Tualang mengedarkan barangan keperluan kepada 345 keluarga,” katanya di sini.

- Advertisement -

Manakala petugas Pusat Khidmat Parlimen Pasir Mas dan penghulu Mukim Slow Machang pula menghantar bekalan makanan kepada beberapa rumah di Kampung Perah Slow Machang.

Tiga perkampungan di Mukim Bunut Susu iaitu Kampung Paya Ular, Kampung Tualang dan Kampung Bechah Palas baru-baru ini dikenakan PKPD. Ujian saringan pertama Covid-19 melibatkan 1,500 penduduk.

Ahmad Fadhli juga Kampung Slow Machang terletak di Dun Pengkalan Pasir turut terlibat dengan kuarantin akibat Covid-19.

Beliau turut merakam ucapan terima kasih kepada Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan (PURNAMA) di atas sumbangan sebanyak RM5,000 bagi menyediakan keperluan harian untuk penduduk.

Sumbangan PURNAMA tersebut disampaikan ahli jawatankuasanya Datin Wan Nor Hanita Wan Yaacob. Hadir sama isteri Ahli Parlimen Pasir Mas Nor Yani Mohd Salleh dan isteri Adun Tendong Norhayati Jaafar.

“Kami berharap sumbangan yang diberi dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung keluarga penduduk yang terlibat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/5/2021

- Advertisement -