Terjemah ‘PAS Prihatin’ kepada warga penduduk

- Advertisement -

KUANTAN: PAS Cawangan Batu 3 telah mengimarahkan tuntutan Ramadan menerusi program ‘PAS Prihatin’ apabila menyampaikan sumbangan buat 48 asnaf pelbagai kategori, empat guru PASTI dan 15 pentadarus al-Quran.

- Advertisement -

Pemangku Ketua PAS Batu 3, Nawi Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Cawangan telah menyerahkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas dapur sebagai persediaan Syawal kepada golongan asnaf.

Mereka yang terdiri daripada fakir miskin, warga mas, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan anak yatim di mana menerima beras, tepung, minyak masak, bihun, susu, gula dan lain-lain lagi.

Di samping itu, sumbangan duit juga raya telah diberikan kepada guru-guru PASTI setempat dan sumbangan sejadah untuk pentadarus Quran yang menghidupkan alunan wahyu Allah sepanjang Ramadan.

“Apabila kita sendiri turun menyantuni dan  menyerahkan sumbangan, impaknya sangat besar kepada golongan ini, sebab mereka rasa dihargai dan kita pula dapat merasai kesusahan mereka.

“Program ini bukan setakat beri barangan asas dapur tapi juga duit raya, mudah-mudah dapat meringankan sedikit bebanan belanja raya di ketika pandemik COVID-19 ini. Kegembiraan mereka bersyukurnya kita.

“Alhamdulillah dengan kerjasama semua Ahli Jawatankuasa PAS Batu 3 muslimin muslimat dari mula membeli, memasak dan mengagih juadah berbuka, masyarakat setempat dapat melihat ahli PAS sangat prihatin dan bersatu padu.

“Bagi sesiapa yang ingin menyumbang untuk program-program seterusnya, boleh menyumbang di akaun Bank Islam Malaysia Berhad 06019010010459 atas nama PAS Cawangan Batu 3,” ujarnya.

Di bawah program sama juga, usaha memasyarakatkan PAS diperluaskan, selain mengeratkan silatuahim dengan menyediakan juadah gulai kawah dan sambal belacan ‘power’ untuk penduduk Batu 3. – HARAKAHDAILY 10/5/2021

- Advertisement -