Misi santuni 1000 asnaf DUN Kubu Gajah berjaya

- Advertisement -

LARUT: Lebih 1,000 asnaf DUN Kubu Gajah berjaya disantuni oleh Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah pada Ramadan tahun ini dengan kumpulan terakhir seramai 200 asnaf diraikan di Arena Pekan Ijok di sini kelmarin.

- Advertisement -

Majlis penutup yang diadakan cukup meriah dengan dimulakan acara kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Selama, Ustaz Tarmizi Shaari seawal jam 9:00 pagi.

“Saya menyucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan misi santuni asnaf kali ini daripada staf Pusat Khidmat ADUN, Sekretariat DUN Kubu Gajah, JPKK, Pejabat Penghulu dan seluruh masyarakat.

“Kerana telah sentiasa memberikan sokongan kepada semua aktiviti kemasyarakatan yang kita jalankan,” ulas ADUN Kubu Gajah, Ustaz Khalil Yahaya.

Dalam masa sama, majlis penutup ini sekali gus merasmikan sumbangan bantuan 3,000 kotak makanan kepada penduduk pemberian Ahli Parlimen Larut, Dato’ Seri Hamzah Zainudin yang juga Menteri Dalam Negeri (KDN).

Pengerusi Perikatan Nasional Parlimen Larut, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin ketika merasmikan acara tersebut berkata, aktiviti kemasyarakatan yang memberikan manfaat kepada rakyat hendaklah sentiasa diadakan.

Seru beliau, ia perlu dilaksanakan secara konsisten lebih-lebih lagi ketika penularan wabak pandemik COVID-19 melanda negara D
dan dunia ketika ini menyebabkan banyak kesukaran kepada rakyat umumnya.

Beliau yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Perak menyifatkan program penutup yang diadakan tersebut sangat memberi makna kepada seluruh penduduk di DUN Kubu Gajah khususnya.

“Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah seterusnya akan menfokuskan kepada beberapa program lagi sepanjang Ramadan yang berbaki pada tahun isi seperti siri kedua Meriahnya Syawal bersama Anak Yatim di Mydin Parit Buntar.

“Juga Kedai Bergerak yang membolehkan masyarakat mendapat potongan 10 peratus harga jualan barangan keperluan nanti,” ujar Khalil mengulas lanjut. – HARAKAHDAILY 1/5/2021

- Advertisement -