Pemuda PAS Pekan kembali konvoi Singgah Sahur

- Advertisement -

PEKAN: Program Singgah Sahur telah menjadi aktiviti tradisi Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan yang mengadakan pemberian juadah set sahur terutamanya untuk pasukan beruniform agensi kerajaan.

- Advertisement -

Bertujuan menyantuni dan sebagai menyatakan penghargaan kepada anggota bertugas, pemberian telah dibuat kepada pihak bomba, polis dan pengawal keselamatan di sekitar Bandar Pekan dan Bandar Chini.

Dipimpin langsung Ketua Pemuda PAS Pekan, Mohd Hannis Ghazi, agihan turut diperluaskan kepada petugas barisan hadapan dan pengawal keselamatan di Kawasan Industri Peramu, di sini baru-baru ini.

Aturcara bermula sejak jam 12:30 tengah malam dan berakhir jam 3:30 pagi ini telah turut disertai sama Ketua Pemuda PAS DUN Peramu Jaya, Mohd Hafiz Mat Darus serta Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pekan.

Kata Mohd Hannis, program tradisi ini menjadi kesempatan pihaknya mewakili PAS Pekan dalam menyatakan penghargaan kepada mereka yang menjaga ketenteraman awam dan berkongsi rezeki hasil sumbangan ramai.

“Alhamdulillah, program imi berjaya digerakkan tahun ini setelah terkekang dengan situasi pandemik COVID-19 pada Ramadan tahun lepas. Hampir 15 premis kerajaan dan swasta berjaya dikunjungi kali ini,” ujar Mohd Hafiz pula.

Manakala di DUN Chini pula, para Pemuda PAS telah menyiapkan set  Singgah Sahur secara bergotong-royong sejak awal lagi sebelum edaran ke hampir 20 lokaliti melibatkan tiga kumpulan konvoi.

Ketua Pemuda PAS DUN Chini, Ustaz Zul Affendy Mohd Mopti berkata, program ini kesinambungan dengan aktiviti penyerahan takwim Ramadan dan buah kurma yang diharap menjadi syiar dan mengerat hubungan. – HARAKAHDAILY 28/4/2021

- Advertisement -