PN, MN disaran bermuafakat atas dasar undi Melayu

Razman Zakaria
- Advertisement -

IPOH: PAS komited berpendirian memperkukuh Muafakat Nasional (MN) dan mempertahan Perikatan Nasional (PN) dalam arus politik negara ini bagi memastikan kesejahteraan pemerintahan kerajaan sedia ada.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, sekiranya PAS, Umno dan Bersatu masing-masing berganding bahu bermuakafakat di atas dasar undi Melayu, tentunya ia cukup untuk mendapat pemerintahan di Malaysia.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di dalam sebuah majlis berbuka puasa di kediamannya bagi menyantuni dan meraikan para pengamal media khususnya di negeri Perak, semalam.

 Mengulas isu pendirian Umno di dalam kerajaan PN, Razman berkata pendirian Umni merupakan tindakan yang bebas dilakukan oleh mana-mana parti. 

“Kita tak nak kacau lah urusan itu. (Setiap) parti masing-masing dia ada ketua dan pandangan masing-masing. Cuma pandangan saya, rakyat sekarang mahukan Malaysia ini dalam bentuk pemerintahan global.  

“Kita tidak mahu dalam pakatan PAS, Umno Dan Bersatu ada yang mahu mendominasi, atau bahasa mudahnya ‘big brother‘. Big brother ini kena tahu dia telah hilang kawasan di dalam pilihan raya lepas. Bagi mengembalikan kuasa, maka perlunya ada perkongsian kuasa dalam ketiga-tiga parti ini,” ujarnya. –HARAKAHDAILY 27/4/2021

- Advertisement -