Kompleks Masjid Daruttarbiyah menanti jariah dermawan

Mercu pusat pembangunan insan dan kebajikan DUN Tawang

- Advertisement -

KOMPLEKS Masjid Daruttarbiyah yang dibina di atas tanah yang dibeli hasil dari sumbangan pelbagai pihak bersebelahan Pasar Abdul Rahman Auf Kampung Wakaf Zin, Tawang, Bachok, Kelantan adalah tidak asing bagi masyarakat DUN Tawang Khususnya dan Bachok amnya.

- Advertisement -

Binaan bangunan Kompleks Masjid Daruttarbiyah ini dimulakan pembinaan pada tahun 2008 dengan mengandungi satu dewan utama, satu setengah tingkat dewan solat, tiga lot kedai tiga tingkat, tiga ruang pejabat dan dewan mesyuarat utama. Kini masih lagi dalam kerja-kerja pembinaan untuk disiapkan terutamanya dewan serbaguna dan dewan solat utama.

Penaung Kompleks Masjid Daruttarbiyah ialah YB Ustaz Dato’ Haji Hassan Haji Mohamood sentiasa membantu dan mendapatkan sumber kewangan agar aktiviti dan perancangan yang dihasratkan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif digariskan.

Pada masa ini Kompleks Masjid Daruttarbiyah sentiasa menganjurkan aktiviti pembangunan insan seperti kuliah muslimat, kuliah kefahaman Islam, Kem Celik Al Quran dan Fardu Ain kepada kanak-kanak dan remaja serta sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, tadarus Al Quran , Israk Mikraj dan seumpamanya.

Di samping itu, aktiviti kebajikan juga sentiasa diadakan di Kompleks Masjid Daruttarbiah seperti sumbangan tetap penerima bantuan beras secara bulanan kepada ahli masyarakat yang layak, sumbangan kewangan dan bakul makanan kepada asnaf seperti anak yatim, ahli masyarakat yang kurang berkemampuan, bantuan kepada Armalah, individu yang diuji dengan kesihatan seperti pesakit kronik atau orang kelainan upaya.

Untuk perancangan masa depan pula, Kompleks Masjid Daruttarbiah akan dijadikan sebagai pusat aktiviti pendidikan secara tetap seperti Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak, Sekolah Rendah Islam dan Sek Men Islam serta Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran.

Namun begitu, Kompleks Masjid Daruttarbiah yang sangat aktif dengan aktiviti kebajikan dan pembangunan insan ini masih belum lagi siap dengan sepenuhnya. Dalam menyiapkan pembinaan bangunan Kompleks Masjid Daruttarbiah kepada fasa yang seterusnya agar objektif awal pembinaan kompleks Masjid ini dapat dijayakan, sumbangan daripada para dermawan amat diharapkan agar aktiviti pembinaan sentiasa dapat dilakukan tanpa sebarang halangan khususnya kekangan kewangan.

Kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menyampaikan sumbangan kewangan bolelah disalurkan ke akaun Masjid Daruttarbiyah nombor akaun 03018010118393 BIMB Cawangan Kubang Kerian. Atau menghubungi Setiausaha pembinaan Kompleks Masjid Daruttarbiyah, Junairi Jafar di talian 013-9872020. – HARAKAHDAILY 25/4/2021

- Advertisement -