Tiga dekad Kelantan pertahan keharmonian kaum

Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob
- Advertisement -

KOTA BHARU: Masyarakat Tionghua di Kelantan hidup aman, sejahtera lagi makmur yang melambangkan perpaduan dan kehormanian kaum sepanjang tiga dekad pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI).

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahnad Yakob berkata, situasi itu juga dapat dilihat pada setiap kali sambutan Tahun Baru Cina.

Katanya, semoga sambutan kali ini dapat dirai dengan penuh semangat kekeluargaan walaupun berada dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

- Advertisement -

“Amalkan budaya normal baharu, patuhi setiap garis panduan agar kita semua selamat daripada wabak Covid-19 seterusnya memutuskan jangkitan wabak tersebut,” katanya pada perutusan Tahun Baharu Cina 2021, malam tadi.

Oleh itu, beliau berharap semua penduduk kaum Tionghua yang berada di seluruh negara khususnya di negeri Kelantan dapat meraikan sambutan Tahun Baru dengan penuh harmonis.

“Saya mewakili saf kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan mengucap salam sejahtera dan Selamat Tahun Baharu Cina kepada kaum Tionghua. Gong Xi Faa Cai, Sin Nian Quai Lek,” ujarnya.

Sebelum ini pimpinan NGO kaum Cina di Kelantan merakam penghargaan kepada kerajaan kerana membenarkan sambutan Tahun Baru diadakan dengan kehadiran kurang 15 orang sebagai usaha memutus rantaian Covid-19.

Sedangkan pada prosedur operasi standard sebelum itu hanya membenarkan dua orang sahaja meraikan perayaan itu.

Masyarakat Cina yang tinggal di Kelantan sebahagiannya tinggal di kampung di pinggir-pinggir sungai dan bertutur dialek Kelantan.

Mereka merupakan keturunan Cina Peranakan Kelantan. Ada di antara mereka dikenali dengan panggilan ‘awang’ dan ‘mek’. – HARAKAHDAILY 12/2/2021

- Advertisement -