Kelantan lancar patuh SOP usaha landai wabak

- Advertisement -

KOTA BHARU: Bagi menyemarakkan amalan kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat demi melandaikan penularan pandemik Covid-19 kempen pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dijalankan di Kelantan hari ini.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pendemik Covid-19 masih belum dapat dilandaikan berpunca daripada sebahagian besar masyarakat gagal mematuhi SOP dan mendisiplinkan diri.

Beliau berkata, wabak Covid-19 kini bukan hanya berada dalam kelompok atau kluster tertentu, malah ia turut berada dalam komuniti bersama masyarakat.

- Advertisement -

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada orang ramai khusus rakyat Kelantan agar memahami dan mematuhi segala SOP yang ditetapkan sehingga benar-benar dapat mencecah angka zero.

Dalam seruan itu kepada masyarakat, beliau berharap pematuhan kepada SOP yang sedia ada perlu diperluas dan diperketatkan lagi bagi memastikan ia benar-benar berlaku.

Justeru itu katanya, pendekatan diambil Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan negeri supaya menekankan kepada aspek kepatuhan SOP di semua peringkat.

Bagaimanapun beliau berharap kempen berkenaan yang dijalankan itu akan meningkatkan kesedaran kawalan kendiri pencegahan Covid-19 dalam kalangan rakyat Kelantan.

Demikian kata beliau ketika Kempen Pematuhan SOP Covid-19 yang diadakan bertempat di Sekatan Jalan Raya (SJR), Jalan Hamzah dari Pasir Pekan menghala ke Kota Bharu hari ini.

Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah dan pegawai-pegawai kerajaan.

Kes positif pandemik Covid 19 di Kelantan agak berkurangan minggu ini, selepas 14 hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0. – HARAKAHDAILY 3/2/2021

- Advertisement -