Pelajar bergilir guna gajet ikuti PdPR

- Advertisement -

KANGAR: Ketika peringkat awal pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tahun lepas ibu bapa tidak berdepan dengan banyak kesukaran.

Ketika itu bagi pelajar sekolah rendah guru mempraktik kaedah ‘Google Classroom’ membolehkan anak-anak bergilir-gilir menggunakan gajet.

Seorang ibu, Helmeza Ahmad, 39, berkata, beliau dan suami mengakui terpaksa menghadapi kaedah pembelajaran era Covid-19 tahun ini yang agak memeritkan.

- Advertisement -
Helmeza Ahmad

Katanya, lima anaknya bersekolah bermula tingkatan empat, tingkatan satu, darjah empat, darjah satu dan empat tahun terpaksa bergilir-gilir menggunakan gajet.

“Pada permulaan PdPR tahun lepas memang agak kurang berjalan lancar kerana kekurangan gajet, jadi terpaksa kongsi dan menyusun jadual bagi membolehkan lima anak saya mengikuti pembelajaran.

“Alhamdulillah, bagi anak-anak yang bersekolah rendah, guru-guru menggunakan kaedah ‘Google Classroom’ jadi boleh mereka bergilir menggunakan gajet,” katanya ketika ditemui di sini.

Bagaimanapun kata beliau, apabila guru menggunakan kaedah lain iaitu ‘Zoom’ atau ‘Google Meet’ menyebabkan anak-anaknya tidak dapat menyertai semua kelas dalam satu masa.

Menurutnya juga, ada pihak sekolah menyediakan inisiatif memberi latihan secara mingguan kepada pelajar yang tiada kemudahan belajar secara atas talian.

Kaedah PdPR diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengatasi masalah ketidakhadiran pelajar secara fizikal di sekolah ekoran penularan wabak Covid-19 sekarang.

Bagaimanapun, ramai ibu bapa golongan B40 berdepan dengan masalah bagi menyediakan kemudahan gajet atau laptop untuk membolehkan anak mereka mengikuti pembelajaran secara PdPR.

Sharifah Ahmad

Seorang guru yang juga ibu Sharifah Ahmad, 34, mengakui terpaksa berhadapan dengan kerenah pelajar dan anak-anak sendiri bagi mengikuti pembelajaran secara PdPR.

“Saya mempunyai dua anak, agak mencabar kerana memerlukan komitmen tinggi untuk menyertai sesi pembelajaran menggunakan Google Meet, Google Classroom, Telegram dan WhatsApp,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/1/2021

- Advertisement -