Amal Team sedia khidmat percuma urus jenazah asnaf

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Amal Team Cawangan Kelantan menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma terhadap keluarga asnaf bagi mengurangkan beban mereka.

- Advertisement -

Ini berikutan peningkatan kos mengurus, di mana sekarang mencecah RM1,500 di Kelantan.

Pengerusinya, Tengku Mohd Harith Tengku Abd Aziz berkata, perkhidmatan itu termasuk urusan menyediakan kain kafan, mandi, solat dan penghantaran jenazah untuk dikebumikan.

“Termasuk juga kematian akibat Covid-19 melalui prosedur operasi standard (SOP),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kampung Wakaf Raja di sini, hari ini.

Beliau berkata, mereka yang dikategorikan berpendapatan sederhana hanya dikenakan bayaran sekadar yang mampu dan kategori mampu pula dikenakan bayaran berpatutan iaitu urusan mandi, kapan, solat jenazah antara RM300 hingga RM500 penghantaran jenazah RM1 setiap kilometer.

Tengku Mohd Harith berkata, pihaknya menyediakan lima van jenazah dan 18 kakitangan termasuk pemandu dan pihak pengurusan untuk berkhidmat selama 24 jam.

Katanya, orang ramai yang memerlukan perkhidmatan itu boleh menelefon +6016-4215 453 pada bila-bila masa walau pun di mana mereka berada sekalipun termasuk di kawasan pedalaman Kelantan.- HARAKAHDAILY 2/1/2021

- Advertisement -