Kerajaan komited atasi isu kesesakan di Pelabuhan Klang 

- Advertisement -

ISU kesesakan di Pelabuhan Klang terus memberi kesan kepada seluruh industri peruncitan dan menyusahkan para pengguna. Malangnya, situasi ini berlaku adalah disebabkan oleh pelbagai faktor luaran dan beberapa kekangan yang terpaksa kita hadapi.

Oleh kerana itu, saya telah memanggil agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, persatuan-persatuan dan pelbagai pihak yang berkepentingan untuk duduk semeja bagi mendapatkan jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah kesesakan tersebut.

Sebagai langkah permulaan, saya telah mengarahkan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) untuk segera mengatur pasukan petugas dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Kastam Diraja Malaysia, Pelabuhan Utara dan Barat (Northport and Westports) bagi mempercepatkan pemeriksaan kontena yang melalui kedua-dua terminal.

- Advertisement -

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Radzuan Abdul Razak dan Timbalan Ketua Pengarah MAQIS, Dr Azhari Sharidan Abu Bakar kerana hadir memberikan 

input pada sesi dialog hari ini. Saya percaya bahawa mereka akan bekerjasama dengan LPK untuk mempercepatkan proses pemeriksaan kontena dan memastikan barangan sampai ke tangan pelanggan secepat mungkin. Saya turut difahamkan bahawa Jabatan Kastam akan meningkatkan tenaga kerja yang diperlukan sementara MAQIS pula akan meningkatkan pemeriksaannya sehingga 200 kontena sehari berbanding 100 ketika ini.

Namun, adalah menjadi tanggungjawab pelanggan untuk mengambil barangan mereka setelah melepasi pemeriksaan oleh Kastam dan MAQIS. Hari ini daripada 246 kontena yang sudah diperiksa, hanya 83 kontena atau satu pertiga daripada jumlah keseluruhan kontena yang diambil dalam masa 24 jam. Keadaan ini menambahkan kesesakan yang berterusan di pelabuhan.

Sebagai respon kepada sidang media yang diadakan oleh pengimport dan pemborong buah-buahan dan sayur-sayuran pada hari Rabu yang lalu, LPK telah menjelaskan bahawa terminal di Northport dan Westports mengalami kesesakan kerana pertambahan kapal dan kontena secara mendadak pada masa serentak, senario yang serupa berlaku di pelabuhan utama di rantau ini dan juga di tempat-tempat lain. Kenaikan mendadak ini juga disebabkan oleh kelewatan dari pelabuhan sebelumnya termasuk di China, Hong Kong dan Singapura, kerana pelbagai faktor.

Untuk mengurangkan masalah ini, Westports telah memperluaskan ruang untuk kontena TEU tambahan dengan 6,000 slot tanah. Daripada jumlah ini, 600 kontena diberikan ruang untuk menempatkan kontena sejuk beku bagi memastikan barangan yang berisiko cepat rosak seperti makanan dapat diperiksa dan segera dihantar ke pasar.

Dalam masa sama, saya juga menghargai segala input daripada semua yang hadir dalam dialog hari ini. Antaranya ialah Encik Ng Chet Chiang, yang mempengerusikan jawatankuasa Logistik dan Pengangkutan ACCCIM; Datuk Wira Ameer Ali Mydin, VP Persatuan Peruncit Malaysia; Ooi Lean Hin, Pengerusi Persatuan Perkapalan Malaysia; Henry Tian MD dari COSCO Shipping; Kumpulan EL; Persatuan Pengangkutan dan Logistik Selangor (SFFLA); Majlis Perkapalan Kebangsaan Malaysia, dan Persatuan Hauliers Malaysia.

Saya juga menggesa semua pemain dalam industri untuk terus terlibat dan menjalin koordinasi dengan pihak berkuasa bagi mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh banyak faktor yang hanya dapat diselesaikan apabila semua orang memainkan peranan masing-masing. Faktor luaran, terutama semasa pandemik juga tidak dapat dielakkan. MOT juga bersedia mendengar pandangan untuk mengurangkan masalah yang memberi kesan kepada semua.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia
28 Disember 2020

The congestion issue at Port Klang continues to have ripple effects throughout the retail industry and hurting the bottom line of consumers. Unfortunately, it’s caused by a wide range of external factors as well as how well we can mitigate the issues on our soil.

Because of this, I have rushed to bring together today the government agencies, associations, and other stakeholders involved or affected  to get some solutions in hand to deal with the congestion.

For a start, I have directed Port Klang Authority to organise a taskforce immediately with the Malaysian Quarantine and Inspection Services MAQIS, Royal Malaysian Customs, Westports and Northport to expedite the checking of containers going through both terminals.

I wish to thank Customs Deputy Director General Dato’ Radzuan Abdul Razak and MAQIS Deputy Director General Dr Azhari Sharidan Abu Bakar for coming to provide their input at the dialogue. I trust that they will work together with PKA in the taskforce to hasten the speed of the inspections of the containers and release the goods to the customers as soon as possible. I understand Customs will ramp up the manpower needed to process the clearances while MAQIS will bring up it’s checks to 200 containers per day from 100 currently.

However, it is also the responsibility of the customers to collect their goods once cleared by Customs and MAQIS. Today, out of 246 containers cleared by the authorities, only 83 containers or one-third were collected within 24 hours. This adds to the ongoing congestion.

In response to a press conference held by the fruit and vegetable importers and wholesalers last Wednesday, PKA has also explained that the terminals at Northport and Westports are experiencing congestion due to a sudden surge of vessels and containers arriving of late, a scenario that is similar in major ports in the region and elsewhere. This sudden surge is also due to delays from their preceding ports including in China, Hong Kong and Singapore, because of a myriad of factors.

To mitigate this issue, Westports had already widen its space for extra TEU containers by 6,000 ground slots. Of this, 600 containers have been allocated got reefer containers (refrigerated containers) so that there is more space for our perishables and foodstuff to be checked and expedited to the market.

I also appreciate the input of all the other attendees to the dialogue today. Among them were Mr Ng Chet Chiang, who chairs ACCCIM’s Logistics and Transport committee, Datuk Wira Ameer Ali Mydin, VP of Malaysian Retailers Association, Ooi Lean Hin, Chairman of Shipping Association of Malaysia, Henry Tian MD of COSCO Shipping, the EL Group, Selangor Freight Forwarded and Logistics Association (SFFLA), Malaysian National Shipping Council, and the Association of Malaysian Hauliers.

I also urged all the industry players to continue to engage and coordinate with the authorities to reduce the congestion which is a result of many factors that can only be fixed when everybody play their role. The external factors, especially during the pandemic scourge is also unavoidable. MOT will also be ready to hear views to mitigate issues plaguing businesses.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Minister Of Transport
28 December 2020 – HARAKAHDAILY 28/12/2020

- Advertisement -