Muslimat Lahad Datu santuni penganut Kristian

- Advertisement -

LAHAD DATU: Budaya politik matang sejahtera diterjemahkan Dewan Muslimat PAS Lahad Datu melalui tindakan menyatuni keluarga penganut Kristian sempena sambutan Krismas.

- Advertisement -

Semalam, Dewan Muslimat terbabit menyerah sumbangan hamper kepada dua keluarga di Kampung Assam dan Kampung Sarip, di sini.

Ketua Muslimat PAS Lahad Datu, Syahidah Mustafa berkata, program itu diadakan bertujuan menyantuni masyarakat Kristian sempena Krismas dengan mengadakan ziarah kebajikan.

“Penyerahan sumbangan diketuai Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lahad Datu. Murni Maming dengan dibantu AJK Muslimat PAS Lahad Datu,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, penduduk terbabit menerima baik kunjungan Dewan Muslimat, di mana secara langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

PAS memperkenalkan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) dalam pentas politik Malaysia.

BPMS mengutamakan kematangan semua pihak dalam membuat keputusan dan tindakan yang seterusnya membawa kepada kesejahteraan kehidupan seluruh masyarakat di negara ini.

Tujuh ciri yang dibawa bersama BPMS iaitu, politik bertunjang prinsip; politik dakwah dan amar maaruf nahi mungkar; politik penyelesaian berasaskan Islam; politik utamakan rakyat; politik damai dan diplomasi; politik benar bukan persepsi; politik rasional dan profesional. – HARAKAHDAILY 25/12/2020

- Advertisement -