
KOTA BHARU: Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berjaya mengutip sebanyak RM175,703,86.23 juta zakat sehingga semalam.
Timbalan Yang Dipertuanya, Zulkifli Ab Rahman berkata, sebahagian daripada jumlah tersebut iaitu sebanyak RM18.24 juta dikutip secara atas talian.
Menurutnya, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu kerana penularan Covid-19, pungutan zakat atas talian amat menggalakkan.
“Kutipan zakat dalam talian yang dilaksanakan sebanyak RM18.27 juta sehingga semalam, memang menunjukkan peningkatan ketara ketika PKP.
“Pada tahun ini kita menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM210 juta dan sehingga semalam kita masih mempunyai baki lebih kurang RM37 juta lagi,” katanya ketika ditemui media selepas majlis penyerahan cek zakat perniagaan oleh Sobella Beuty Sdn Bhd di Kompleks Islam Darulnaim di sini, hari ini.
Terdahulu pada majlis itu, MAIK menerima cek zakat perniagaan bernilai RM150,000 dan zakat pendapatan RM55,000 daripada syarikat Sobella Beuty.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sobella Beuty Sdn Bhd, Wan Nur Syuhada Wan Norzie dan Senior Grafik Designer, Mohamad Taufik Ikhwan Abdullah. – HARAKAHDAILY 23/12/2020











