Muslim Care aktifkan sumbangan bantu mangsa banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) mengaktifkan sumbangan dapur rakyat dengan memberi bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di kemaman, Terengganu.

Presidennya, Zulkifli Wahijan berkata, dapur rakyat Muslim Care Malaysia telah memberi manfaat kepada kira-kira lebih 1000 penduduk yang terjejas akibat banjir di kawasan berkenaan.

- Advertisement -

Katanya, antara kawasan yang turut terjejas teruk adalah penduduk di kawasan Telok Kalong yang hampir 2,500 penduduk telah pun dipindahkan di pusat pemindahan banjir.

Antara bantuan yang turut disumbangkan adalah seperti makanan, beras, gula dan barangan keperluan harian.

Selain itu, Muslim Care Malaysia mengadakan program pasar percuma di musim banjir yang terletak di kawasan rumah mampu milik Telok Kalong, Kemaman.

Setakat ini lebih 1,000 mangsa yang terjejas banjir menerima manfaat daripada program itu.

Bagaimanapun, pihaknya juga masih memerlukan dana untuk meneruskan dapur rakyat supaya penduduk di Terengganu khususnya yang terjejas akibat banjir akan dapat menerima manfaat.

Justeru itu, orang ramai yang ingin membantu atau ingin menghulurkan sebarang bentuk bantuan boleh terus sumbangkan kepada Muslim Care Malaysia.

Memetik laporan sebelum ini, sebanyak empat daerah terjejas di Terengganu iaitu Kemaman, Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu melibatkan keluarga dan kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan, manakala, Daerah Kemaman adalah yang paling teruk terjejas. – HARAKAHDAILY 22/12/2020

- Advertisement -