
KUANTAN: Pertubuhan Cakna Hal Ehwal Wanita (HELWA Care) telah mengadakan lawatan ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Pahang di Putra Square, di sini kelmarin.
Pengarah HELWA Care, Salawati Saleh yang mengetuai rombongan ahli jawatankuasanya memaklumkan, lawatan ini bertujuan membina hubungan pihaknya dengan LPPKN khusus dalam menangani hal ehwal wanita.
Sempena lawatan ini, HELWA Care telah menerima taklimat mengenai peruntukan, modul, perkhidmatan dan program di bawah LPPKN disampaikan Penolong Pegawai Penerangan LPPKN Pahang, Mohamed Nurazizi Muhamed Nasir.
Antara menarik perhatian adalah mengenai perkhidmatan Mama Care dan My Papa Care yang menjurus kepada khidmat urutan aromaterapi untuk lelaki dan wanita serta pakej urutan dan penjagaan wanita bersalin.
Juga beberapa modul berkaitan pekerjaan dan perbelanjaan, selain terapi, kesihatan dan sosial, serta kaunseling perkahwinan dan keluarga, termasuk Klinik Nur Sejahtera dan beberapa pusat khidmat untuk remaja.
Antaranta Keluarga@Kerja Smart Belanja@LPPKN, Smart Start, Terapi Minda, Modul Kasih dan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) serta Pusat Keluarga Airis, Kafe@Teen dan Pusat Keluarga Bergerak 1Malaysia.
Penolong Pengarah LPPKN Pahang, Nor Hafizah Md Nor dalam ucapannya menjelaskan bahawa pihaknya bergerak untuk memenuhi moto institusi tersebut iaitu ‘Keluarga Bahagia Negara Sejahtera’.
Antara turut sama sepanjang sesi ini adalah Pegawai Pembangunan Masyarakat LPPKN Pahang, Siti Asmah Ahmad. – HARAKAHDAILY 19/12/2020













