Tindakan tegas kes penipuan dokumen perubatan

- Advertisement -

SAYA setuju siasatan lanjut dijalankan dan tindakan tegas dikenakan kepada sesiapa sahaja membuat pengakuan palsu, kenyataan palsu ataupun menipu dokumen rasmi.

Kes seperti ini sama isu dengan individu yang tidak bertanggungjawab yang menipu sijil cuti sakit, menipu cucuk vaksin haji dan pelbagai lagi penipuan perubatan. Ianya adalah kesalahan individu yang wajib dikenakan tindakan tegas.

- Advertisement -

Kita dalam KKM memang teliti dalam bab membuat saringan dan ujian swab kerongkong. Malah KKM telah pun mewujudkan satu sistem khas bernama SIMKA bagi memastikan lagi perjalanan setiap ujian itu mengikut prosedur ketat. Tidak boleh sewenangnya diubahsuai bacaan setiap keputusan.

Begitu juga pengumuman kes yang diadakan oleh Tan Seri DG setiap hari. Hanya kes yang betul-betul sah melalui ujian PCR sahaja yang diisytiharkan. Ini kerana melalui kaedah ujian PCR, ketepatannya mencecah 100 peratus.

Jika ujian Rapid Test COVID-19 positif, ianya perlu disahkan melalui ujian pengesahan PCR. Kaedah rapid testadalah saringan awal walaupun ketepatan tidak setinggi PCR, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat menyaring setiap kes dalam masa yang singkat. Perlu diingatkan ujian swab kerongkong adalah salah satu dari bentuk pengurusan wabak. Selain itu, pemeriksaan klinikal, mendapatkan sejarah pesakit juga peri penting bagi memastikan mereka yang terlibat itu benar-benar bebas dari jangkitan COVID-19.

Adalah fitnah besar jika segelintir pihak menuduh pengumuman keputusan ujian COVID-19 yang KKM buat itu telah diubahsuai demi kepentingan politik pemerintah. Mereka yang dangkal dengan sistem ketelusan KKM memang amat mudah melempar batu dan menyorok tangan.

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga 
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 17/12/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -