Adun bantu penduduk di kawasan PKPD

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Peruntukan sebanyak RM10,000 disediakan kerajaan Kelantan bagi membantu 120 keluarga yang terjejas akibat penularan Covid-19 (Kluster Kampung Huma).

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, penduduk yang terlibat termasuk di Kampung Gong Pacat, Tok Kundur dan Gong Lapang dan kampung sekitar.

- Advertisement -

“Bantuan berupa bahan makanan dan keperluan lain diberi memandangkan mereka tidak dapat keluar dari kawasan berkenaan selepas diletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

“Bantuan itu disampaikan secara berperingkat-peringat oleh agensi kerajaan yang berkaitan,” katanya selepas menyampaikan bantuan itu di Kampung Gong Pasir di sini, semalam.

Baru-baru ini, Kelantan mencatatkan 20 kes positif Covid-19 di mana 19 kes di Pasir Puteh ada kontak rapat Kluster Huma di Pasir Puteh.

Pihak polis juga membuat tiga sekatan polis di kawasan berkenaan. – HARAKAHDAILY 9/12/2020

- Advertisement -