Darul Hana tempat harmoni, selamat untuk semua

- Advertisement -

SARAWAK Darul Hana mungkin merupakan nama asing bagi rakyat Malaysia amnya dan Sarawak khususnya kerana pencerita tidak dikenali oleh semua orang. Kajian sejarah tidak begitu menyeluruh di Sarawak. Sejarah kerajaan kuno menjadi rujukan di Negara Brunei Darussalam dan juga di Kalimantan.

Terdapat tuduhan mengatakan PAS cuba mengganggu keharmonian rakyat Sarawak dengan cuba mengubah ‘Sarawak Bumi Kenyalang’ menjadi ‘Sarawak Darul Hana’. Sebenarnya, tidak ada usaha atau cubaan menukar nama Sarawak menjadi Sarawak Darul Hana seperti yang didakwa.

- Advertisement -

Terdapat percubaan oleh pihak tertentu untuk memberi gambaran yang salah kepada PAS di Sarawak, seolah-olah memaksa orang bukan-Islam memeluk Islam. Puak-puak ini mahu Sarawak terus menjadi negara Sekular dan tidak mahu kegiatan keagamaan diamalkan dalam pentadbiran negara. 

Negara Sekular adalah gagasan yang berkaitan dengan Sekularisme, di mana sebuah negara atau bermaksud secara rasmi bersikap neutral dalam hal agama, tidak mendukung agama mahupun agama. Sekiranya negara ini menjadi negara Sekular, ini bererti tidak ada Undang-undang Syariah yang dapat dilaksanakan di Negara Sekular.

Harus diingat bahawa negara kita mengamalkan kebebasan beragama di mana semua bentuk penglibatan undang-undang mesti dirujuk kepada mereka yang berkuasa dan tidak boleh menggunakan undang-undang mereka sendiri. Undang-undang Islam adalah semua tuntutan dan kewajiban yang dituntut oleh Islam seperti kewajiban solat, puasa, zakat, dan seumpamanya.

Tujuan PAS adalah untuk memperjuangkan kewujudan di negara ini masyarakat dan pemerintahan yang diterapkan di dalamnya nilai-nilai kehidupan Islam dan undang-undangnya menuju keredhaan Allah. Orang Islam dan bukan-Islam tidak perlu takut dengan PAS kerana PAS mengajak dan mendorong badan, organisasi, dan individu untuk mengetahui dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

PAS atau mana-mana organisasi yang menggunakan perkataan ‘Darul Hana’ adalah untuk tujuan mengimbas kembali sejarah sebelum kedatangan penjajah ke Sarawak. Nama Darul Hana sesuai untuk tempat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan kepercayaan tanpa mengira bangsa dan agama kerana ia bermaksud negara yang aman.

PAS akan terus menggunakan perkataan Darul Hana selagi tidak bertentangan dengan peraturan negara kerana Darul Hana bermaksud negara yang aman.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak 

English version

Darul Hana is a harmonious and safe place for all

Sarawak Darul Hana may be a foreign name for Malaysians in general and Sarawak in particular because the narrator is not known to everyone. Historical studies are not very comprehensive in Sarawak. The history of the ancient kingdom is a reference in Brunei Darussalam and also in Kalimantan.

There are allegations of saying PAS is trying to disrupt the harmony of the people of Sarawak by trying to change ‘Sarawak Bumi Kenyalang’ into ‘Sarawak Darul Hana’. In fact, there was no attempt or attempt to change the name of Sarawak to Sarawak Darul Hana as alleged.

There have been attempts by certain parties to give the wrong impression to PAS in Sarawak as if forcing non-Muslims to embrace Islam. These factions want Sarawak to continue to be a secular country and do not want religious activities to be practiced in the administration of the country.

A secular state is an idea related to secularism, in which a state or formally intends to be neutral in matters of religion, neither supporting religion nor religion. If this country becomes a secular state, this means that there is no sharia law that can be implemented in a secular state.

It should be noted that our country practices religious freedom where all forms of legal involvement must refer to those in power and cannot use their own laws. Islamic law is all the demands and obligations demanded by Islam such as the obligation of prayer, fasting, zakat, and the like.

The purpose of PAS is to fight for the existence in this country of society and government that is embedded in it the values of Islamic life and its laws towards the pleasure of Allah. Muslims and non-Muslims should not be afraid of PAS because PAS invites and encourages bodies, organizations, and individuals to know and understand and fight for the concept and outlook of Islamic life.

PAS or any organization that uses the word ‘Darul Hana’ is for the purpose of recalling the history before the arrival of the colonizers to Sarawak. The name Darul Hana is suitable for a place that consists of various ethnicities and beliefs regardless of race and religion because it means a peaceful country.

PAS will continue to use the word Darul Hana as long as it is not against the country’s rules because Darul Hana means a peaceful country.

Yours faithfully,
JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief – HARAKAHDAILY 8/12/2020

Berita berkaitan: https://www.theborneopost.com/2020/12/07/ngos-use-of-darul-hana-attempt-to-change-states-identity/

- Advertisement -