Budak perempuan OKU ditemui lemas

- Advertisement -

PADANG SERAI: Seorang kanak-kanak perempuan orang kelainan upaya (OKU) ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 7 pagi tadi selepas lebih 12 jam dilaporkan hilang.

- Advertisement -

Mangsa, Irdina Aleesya Zamri, 8, dipercayai lemas apabila beg pakaian, kolam mandi dan sepasang kasut miliknya dijumpai di tepi Sungai Merbok, Kampung Bikan Atas, kira-kira 200 meter dari rumahnya.

Menurut penduduk, operasi mencari Irdina oleh pasukan penyelamat bermula kira-kira jam 7.30 malam tadi selepas menerima panggilan dari keluarga mangsa.

“Keluarganya menyedari kehilangannya kira-kira jam 5.30 petang dan mengesyaki Irdina terjatuh ke dalam sungai kerana barangan miliknya ada di tepi tebing sungai.

“Sebelum kejadian, mangsa dan keluarganya bersama-sama berkelah serta berehat-rehat di situ,” ujar penduduk terbabit.

Kejadian itu turut mendapat perhatian anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali yang turut menziarahi keluarga mangsa di lokasi kejadian berlaku.

Mayat Irdina di bawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. – HARAKAHDAILY 1/12/2020

- Advertisement -