Komited perkasa belia melalui inisiatif menyeluruh

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu memberi jaminan akan terus menyokong pembangunan golongan belia melalui pelbagai inisiatif yang dirancang bagi memperkukuh peranan mereka sebagai penggerak masa depan negeri.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan komited menyediakan latihan, ruang, peluang dan sokongan bersesuaian untuk memastikan anak muda mampu menghadapi cabaran serta merebut peluang dalam dunia yang semakin mencabar.

“Kerajaan negeri akan terus menyediakan ruang, latihan, peluang dan sokongan bagi memastikan setiap daripada kalian mampu menukar cabaran menjadi kejayaan.

“Kepada semua anak muda, teruskan melangkah dengan berani,” katanya dalam perutusan sempena Hari Belia Negara 2025, hari ini.

Hari Belia Negara disambut pada 15 Mei setiap tahun sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan peranan penting belia dalam pembangunan negara.

“Selamat menyambut Hari Belia Negara buat semua anak muda, generasi yang penuh potensi, idea dan semangat juang. Kalian adalah nadi dan harapan masa depan negara, khususnya negeri Terengganu,” kata Samsuri yang juga Ahli Parlimen Kemaman.

Menurut beliau, generasi muda Terengganu mempunyai potensi besar dalam pelbagai sektor termasuk keusahawanan, pertanian moden, teknologi, seni dan sukan dan perlu digilap melalui pendekatan yang menyeluruh serta inklusif.

“Untuk melangkah jauh, keyakinan adalah kunci utama, dengan keyakinan, kalian mampu bangkit, berani mencuba dan tidak mudah berputus asa,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 15/5/202

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -