Soalan:
Apakah hukumnya orang Islam ketika berlakon di dalam filem atau teater atau persembahan di atas pentas mempersendakan Nabi dan mempermainkannya?
Jawapan:
Barangsiapa sama ada dengan sengaja atau main-main menghina Allah Taala atau menghina Nabi-Nabi-Nya atau menghina kitab-kitab Allah atau para malaikat-Nya atau menghina agama Islam maka jadilah dia kafir keluar dari agama Islam.
Firman Allah Taala:
وَإِنْ نَكَثُوا أَيْمَانَهُمْ مِنْ بَعْدِ عَهْدِهِمْ وَطَعَنُوا فِي دِينِكُمْ فَقَاتِلُوا أَئِمَّةَ الْكُفْرِ ۙ إِنَّهُمْ لَا أَيْمَانَ لَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَنْتَهُونَ
Ertinya: “Dan jika mereka merosakkan sumpah (janji)nya sesudah mereka berjanji dan mereka mencerca agamamu maka perangilah pemimpin-pemimpin orang-orang kafir itu kerana sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang (yang tidak dapat dipegang) janjinya, supaya mereka berhenti.” (At-Taubah: 12)
Dalil jadi kafir orang yang persenda Allah atau Nabi atau Quran atau Islam atau salah satu daripadanya ialah pada firman-Nya ‘dan mereka mencerca agamamu’.
Telah diriwayatkan sebuah hadis oleh Imam Abu Daud dan An-Nasaie daripada Ibnu Abbas r.a. katanya:
أن أعمى كانت له أمُّ ولد تشتم النبي صلى الله عليه وسلم وتقع فيه . فينهاها فلا تنتهي ¡ ويزجرها فلا تنزجر . فلما كان ذات ليلة جعلت تقع في النبي صلى الله عليه وسلم وتشتمه ¡ فأخذ المعول فوضعه في بطنها واتكأ عليها فقتلها فلما أصبح ذكر ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم فجمع الناس فقال : ( أنشد رجلاً فعل ما فعل لي عليه حق إلا قام ) قال : فقام الأعمى يتخطى الناس وهو يتدلدل حتى قعد بين يدي النبي صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله أنا صاحبها , كانت تشتمك ¡ وتقع فيك فأنهاها فلا تنتهي ¡ وأزجرها فلا تنزجر , ولي فيها ابنان مثل اللؤلؤتين ¡ وكانت بي رفيقة فلما كان البارحة جعلت تشتمك وتقع فيك فأخذت المعول فوضعته في بطنها واتكأت عليه حتى قتلتها. فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ( ألا اشهدوا أن دمها هدر )
Ertinya: “Bahawasanya seorang lelaki buta mempunyai Ummu Walad yang telah menghina Nabi sollallahu alaihi wasallam dan dia benar-benar telah melakukannya (penghinaan). Lelaki tersebut telah melarang dan mengancamnya namun dia tidak berhenti dan lelaki tersebut terus melarangnya tapi wanita tersebut tidak menghiraukan larangan tersebut. Ibnu Abbas meneruskan lagi: Pada suatu malam wanita itu kembali menghina Nabi sollallahu alaihi wasallam maka lelaki tersebut mengambil sebilah pisau yang tajam dan meletakkannya pada perut wanita tersebut lantas menikamnya. Lelaki tersebut telah membunuhnya sementara antara dua kaki wanita tersebut lahir seorang bayi dalam keadaan wanita tersebut berlumuran darah. Apabila tiba waktu pagi kejadian tersebut diberitahu kepada Nabi sollallahu alaihi wasallam lalu baginda mengumpul orang ramai dan bersabda: “Aku bersumpah kepada Allah Subhanahu Wa Taala atas seorang lelaki dia telah melakukan sesuatu perbuatan kerana aku dan dia adalah benar (perbuatannya)”. Kemudian lelaki buta itu melangkah di antara manusia hingga dia duduk di hadapan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam. Dia berkata: “Wahai Rasulullah aku adalah suaminya akan tetapi dia telah mencela dan menghinamu. Aku telah melarangnya dan mengancamnya tetapi dia tetap tidak berhenti atau menghiraukannya. Daripadanya aku dikurniakan dua orang anak yang ibarat mutiara bagiku dan isteriku sangat sayang kepadaku. Namun semalam dia telah mencelamu dan menghinamu lalu aku mengambil pisau dan aku letakkan di perutnya dan aku menikamnya sehingga mati. Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda: “Ketahuilah bahawa darah wanita adalah sia-sia (yakni halal).”
Berkata Imam Ishak Ibnu Rahawaih:
أجمع المسلمون على أن من سب الله ¡ أو سب رسول الله صلى الله عليه وسلم ¡ أو دفع شيئاً مما أنزل الله عز وجل ¡ أو قتل نبياً من أنبياء الله عز وجل أنه كافر بذلك وان كان مقراً بكل ما أنزل الله
Ertinya: “Telah ijmak sekalian orang Islam atas barang siapa yang menghina Allah atau menghina Rasulullah sollallahu alaihi wasallam atau menolak suatu yang telah diturunkan olih Allah atau membunuh seorang Nabi dari Para Nabi Allah maka sungguhnya jadilah dia kafir dengan yang demikian itu sekalipun ia menerima sekalian yang diturunkan oleh Allah.”
Berkata Imam Muhammad bin Sahnun:
أجمع العلماء على أن شاتم النبي صلى الله عليه وسلم والمنتقص له كافر والوعيد جار عليه بعذاب الله له وحكمه عند الأمة القتل ومن شك في كفره وعذابه كفر
Ertinya: “Telah ijmak sekalian ulamak atas siapa yang telah mempersenda Nabi sollallhu alaihi wasallam dan yang merendah-rendahkan baginda maka jadila dia kafir dan ancaman atasnya dengan azab Allah dan hukumnya di sisi imam-imam ialah bunuh. Dan siapa yang syak pada kufurnya dan azabnya maka jadi kafir.”
Kesimpulannya orang yang mempersenda atau membuat kelakuan yang menghina akan Nabi sollallahu alaihi wasallam maka keluarlah dia dari agama Islam menjadi kafir dan turut sama jadi kafir sekalian mereka yang redha dengan penghinaan tersebut.
Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 22/11/2024
Artikel ini diambil daripada Facebook Ustaz Azhar Idrus.