Aliran trafik ke ibu kota masih lancar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di tiga lebuh raya menghala masuk ke ibu kota sedang lancar ekoran perantau sudah pulang ke kampung halaman masing-masing sejak Selasa.

- Advertisement -

Selasa lalu, pengguna lebuh raya menikmati tol secara percuma selama dua hari pada jam 12.01 tengah malam (29 Oktober) dan berakhir pada jam 11.59 malam (30 Oktober) sempena Deepavali.

Sementara itu, merujuk kepada laman sesawang paparan kamera litar tertutup (CCTV) lebuh raya melalui portal Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), didapati setakat jam 12 tengah hari, hari ini, jumlah kenderaan dan trafik semakin meningkat di Jambatan Pulau Pinang (PNB).

Selain itu, terdapat pertambahan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Selatan) menghala ke Kulai dan Seremban, Johor; dan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sementara itu, trafik mula bertambah di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menghala ke Dengkil, Bandar Saujana Putra dan Ebor, Selangor.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. – HARAKAHDAILY 1/11/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -