Boeing SE Asia dan Kedah jalin hubungan dua hala

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan negeri bersetuju membentuk kerjasama strategik dengan Boeing SE Asia dalam beberapa bidang berikutan hasrat syarikat tersebut menjalinkan hubungan dua hala serta mengembangkan perniagaan di Kedah.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Dr Haim Hilman Abdullah berkata, keputusan itu susulan kunjung hormat delegasi Boeing SE Asia ke Wisma Darul Aman, semalam.

“Kita bersetuju menawarkan Boeing SE Asia membentuk kerjasama strategik dalam pembangunan modal insan khususnya pembangunan pekerja berkemahiran tinggi.

“Di samping itu juga menawarkan Boeng SE Asia menjadikan Kedah Science Technology Park (KSTP) di Bukit Kayu Hitam sebagai hab pembangunan strategik perniagaannya di rantau Asia Tenggara,” katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau memaklumkan demikian ketika diminta mengulas kunjungan delegasi Boeing SE Asia yang diketuai Presidennya, Penny Burtt, di Wisma Darul Aman, di sini semalam.

Jesteru kata Haim, beliau mewakili Menteri Besar dan kerajaan negeri, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kunjungan itu dan menyokong penuh hasrat berkenaan.

Delegasi Boeing SE Asia selain Presidennya ia turut dihadiri Sr. Comms Manager SE Asia, Swetha Mahesh, Regional Strategy Director SE Asia, Jeannie Ng dan Boeing Global Engagement focal SE Asia, Halina Ibrahim.

Sementara di pihak kerajaan negeri diwakili, Ketua Penolong Pengarah Bahagia Perancang Ekonomi Negeri, Arif Hani Abdul Rahman dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Badrulhisham Sulaiman serta Ketua Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu, Mohd Zaidy Omar.

Serta turut dihadiri Pengurus Kanan Bahagian Industri Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Azwan Abdul Wahab dan Ketua Pegawai Operasi Invest Kedah, Noor Ikhsan Abdul Aziz dan beberapa pegawai kerajaan lain.

“InsyaAllah kita akan ‘elaborate’ (huraikan) dengan lebih terperinci lain-lain bentuk kerjasama selepas perasmian usahasama ini pada 28 Ogos depan,” tambah ADUN Jitra itu lagi. – HARAKAHDAILY 13/8/2024

- Advertisement -