Kenderaan bertambah di tol Bentong, Gombak

Tangkap layar paparan CCTV Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhempiran Palza Tol Gombak, petang ini.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan ekoran ramai perantau bergerak pulang ke ibu kota dari kampung halaman masing-masing.

- Advertisement -

Difahamkan, ramai perantau akan memulakan kerja pada esok hari disebabkan cuti sekolah sempena Aidiladha dua hari sahaja.

Merujuk kepada laman sesawang paparan kamera litar tertutup (CCTV) lebuh raya melalui portal Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), didapati setakat jam 6 petang hari ini, laluan menghala ke Kuala Lumpur berhampiran Plaza Tol Bentong dan Gombak mulai sesak dengan kenderaan.

Sementara itu, bagi aliran trafik di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dilaporkan perlahan disebabkan pertambahan kenderaan.

Setakat ini, bagi aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dilaporkan lancar untuk dilalui setakat ini. Namun, trafik bergerak sedikit perlahan di LPT2 iaitu Plaza Tol Kuala Terengganu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. – HARAKAHDAILY 18/6/2024

- Advertisement -