Hari Wukuf cetus semangat baru martabat agama Islam

Mohd Kamal Mohamed
- Advertisement -

KOTA BHARU: Sambutan penghayatan Hari Wukuf peringkat Parlimen Kubang Kerian diadakan dalam suasana yang mendung di mana sebaik sahaja program berakhir hujan turun dengan lebat.

- Advertisement -

Seawal jam 7.30 pagi lagi orang ramai berkumpul di pekarangan Maahad ar Rahmah Kenali bagi menghayati Hari Wukuf yang disambut yang disambut dengan cuti umum di Kelantan hari ini.

Program tersebut bermula dengan solat hajat secara berjemaah. Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan, Abdul Rahman Yunus bersama timbalan dan naib, Mohd Asri Mat Daud dan Zulkifli Husin serta setiausaha, Mohd Nuri Yaacob.

Ceramah khas Hari Wukuf disampaikan Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes), Mohd Kamal Mohamed.

Mohd Kamal menegaskan sambutan penghayatan Hari Wukuf mencetuskan semangat baru bagi memartabatkan agama Islam dan penyatuan umat Islam dan Melayu di negara ini.

Beliau juga berkata, rakyat Kelantan menyambut baik komitmen kerajaan negeri untuk menggubal semula 16 seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan, Februari lalu. – HARAKAHDAILY 16/6/2024

- Advertisement -