PH ulangi kronisme, nepotisme seperti BN – Mohd Amar

- Advertisement -

KANGAR: Pakatan Harapan (PH) kini telah terjebak dalam permasalahan nepotisme dan kronisme yang mana mengulangi kesilapan dilakukan Barisan Nasional (BN) sewaktu memegang tampuk pemerintahan dahulu.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Sri Amar D’raja Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sedangkan sebelum ini para pemimpin PH sendiri begitu lantang mengkritik BN yang kini turut menjadi rakan mereka terhadap isu-isu tersebut.

“Itulah masalahnya. Antara isu yang PH ini sewaktu mereka tidak menjadi kerajaan, macam-macam mereka bercakap. Mereka hentam Kerajaan BN nepotisme, kronisme dan sebagainya seperti yang kita dengar.

“Tetapi apabila mereka menjadi kerajaan, mereka sendiri melakukan perbuatan yang sama dan mereka tidak merasa bersalah. Jadi kita pun hairan,” kritik beliau yang rakyat boleh menilai janji reformasi dilaungkan PH

Ulasan  beliau itu merujuk kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa tiada kesalahan dalam penganugerahan kontrak Kerajaan Selangor kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd, iaitu syarikat milik suami seorang Menteri.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kontrak tersebut diberikan oleh entiti yang tidak berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab atau portfolio Menteri berkenaan.

“Saya baca dalam laporan media, suami Hannah dapat kontrak Kerajaan Negeri Selangor. Hannah kerja apa? Beliau bertugas di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Jadi, saya nampak tidak ada kaitan Kerajaan Negeri Selangor dan KBS melainkan kementerian itu memberi projek kepada suami Hannah. Itu mungkin lain cerita.

“Buat masa ini, saya tidak nampak apa-apa kesalahan,” katanya pada Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola Penyelarasan dan Pengurusan Aset Tenaga Elektrik seperti dilaporkan media tempatan pada Isnin, 27 Mei lepas. – HARAKAHDAILY 29/05/2024

- Advertisement -