MPKK rai pengamal media sempena HAWANA

- Advertisement -

KULIM-BANDAR BAHARU: Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah meraikan agensi-agensi media menerusi penganjuran Majlis Hi-Tea dan Media Engagement sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024.

- Advertisement -

Yang Dipertua MPKK, Dato’ Elmi Yusoff dalam ucapan beliau telah menzahirkan penghargaan kepada para wartawan selaku rakan strategik media dalam melaporkan perkara berkenaan pihak berkuasa tempatan itu.

“Program hari ini, kita adakan khas untuk meraikan wartawan sempena Hari Wartawan Nasional 2024. Tanpa wartawan siapalah kita. Majlis hari ini juga bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat bersama media serta wartawan.

“(Kalian) yang tidak jemu melaporkan berita khususnya berkenaan kerajaan negeri dan MPKK sendiri,” katanya pada majlis yang diadakan di Kulim Inn, di sini hari ini.

Pada tersebut beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua media, termasuk tiga penghargaan khas atas komitmen bersama MPKK, selain kepada dua pempengaruh media sosial.

Terdahulu semua rakan media yang hadir turut mengikuti pembentangan hala tuju Pembangunan Kulim 2035 disampaikan oleh Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK, Hamzah Ab Halim.

Dalam pembentangan tersebut pihak MPKK berkongsi bersama rakan media secara ringkas berkenaan pelan pembangunan untuk dilaksanakan di daerah selatan Kedah itu mencangkupi pelbagai aspek.

Turut hadir ADUN Lunas, Khairul Anuar Ramli dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Roslan Hashim serta Ahli-Ahli Majlis MPKK.- HARAHDAILY 27/5/2024

- Advertisement -