Sebut saja Kedah, terus kenal Sanusi

- Advertisement -

ALOR SETAR: “Ada orang awam tak kenal Menteri Besar atau Ketua Menteri di negerinya sendiri, tetapi berbeza dengan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang bukan sahaja terkenal di Kedah, tetapi luar Kedah juga.”

- Advertisement -

Demikian coretan ADUN Pengkalan Kundur, Mardhiyyah Johari yang juga seorang peguam di laman sosial milik beliau sebagai menyingkap semula detik ketika berada di George Town pada Rabu lalu.

Ceritanya, sebelum hadir ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk memberi sokongan moral kepada Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad berikutan kes saman pemimpin DAP, beliau singgah bersarapan di sebuah warung.

“Kedai Line Clear ini popular di Georgetown, saya dan dua orang rakan yang lainpun mai la pekena roti canai dengan teh tarik. Tetapi yang menakjubkan apabila salah seorang pelayan di kedai ini tau kami ni dari Kedah, dia sangat teruja,” jelasnya.

Kongsi Mardhiyyah, pelayan tersebut terus menyebut nama Sanusi menampakkan keterujaannya apabila diberitahu kepada beliau bahawa mereka bertiga datang dari Kedah.

“Tak hairanlah sebab nama Menteri Besar Kedah ni memang sentiasa meniti di bibir rakyat, dari budak tadika hinggalah dewasa serta orang tua,” tambahnya.

Justeru beliau mengharapkan pemimpin nombor satu Kedah itu sentiasa dirahmati serta dipermudahkan Allah mentadbir negeri dengan adil serta amanah.- HARAKAHDAILY 19/5/2024

- Advertisement -